
Hujan pun berhenti mendengar aku menangis.
Menghadiahkan aku cantiknya pelangi.
Semalam, diri ini tidak mampu lelap. Kesan kopi barangkali atau mungkin sudah terlebih tidur di siang hari. Itu semua tidak begitu penting.
Bagiku, ini adalah alasan yang sengaja aku reka. Buat aku
kuat seperti biasa. Sebenarnya, aku lebih pada mengingati seseorang. Yang
rapatnya sebagai seorang teman yang selalu ada di waktu sepi dan ceria. Tempat
aku selalu bercerita.
Yang aku andaikan bahawa kehidupan ini penuh dengan
keindahan.
Yang aku harapkan kebahagiaan itu akhirnya berkekalan.
Segalanya
hilang sekelip mata jauh daripada khayalan.
Yang muda dianggap mentah.
Yang tua dianggap karat.
Hanya
remaja pemberi manfaat.
Aku masih ingat hari itu, aku dan teman-temanku. Leka sekali
bercerita, ketawa dek kerana jenaka.
Buat aku lupa akan lajunya putaran masa.
Kehilangan apa yang disayang, apa yang dipuja. Itulah
kesedihan yang tak akan dapat dilupa.
Aku mula untuk tidak lagi percaya pada kata-kata seorang
dewasa. Yang padanya aku lihat indahnya menginjak usia.
Wang bukan lagi sumber pemberi bahagia,
cinta bukan jua tempat untuk berkongsi tawa.
Hanya kesedihan yang dirasa meratapi kehilangan yang tak
akan kembali semula.
Aku menulis ini pada seseorang yang dulunya tempat aku
meluahkan rasa.
Cuma, realitinya kini jauh sekali berbeza. Bila aku sedar
dia sudah tiada lagi bernyawa.
Lama benar tinggalkan dunia.
Lama benar tinggalkan dunia.
Aku menulis dalam kesedihan.
Penuh kedukaan.
Paling penting,
luka ini yang membuat aku bangkit mengejar kehidupan bertitikkan sebuah
perubahan.
" Hidup perlukan Tuhan "
Al-Fatihah.
This is her story:
P/s:
Insan yang nampak kuat hari ini,
penuh dengan senyuman dan lawak jenaka,
adalah yang dulunya telah banyak berduka,
atas kehilangan yang buat dirinya tidak mengerti untuk ketawa.
Tapi, hari ini,
dia kuat kerana semangat yang telah dikurnia,
dia tahu suatu hari bila dirinya lemah tak bermaya,
dia juga akan ke sana,
kerana yang di sana kembali memanggilnya.
Hilang lah segala duka.
Biar ketawa pula di sana.
Hidup yang berterusan, kekal selamanya.
Seseorang yang telah berulang kali merasakan kehilangan akan lebih menghargai,
dia takut perkara yang sama berulang kembali buat sesal dia tak berguna lagi.
No comments:
Post a Comment