>

Sunday, November 28

If i can look through the future?



The one on the right side




If i know that it would be your last chance that i can talk with you, I will keep all your words,
if i know that it would be your last day, I will spend all my times with you,
if i know that it would be your last breath on this earth, I will pray for your goodness.


Mangsa seakan tahu ingin 'pergi'

BESUT 12 Sept. -


 "Andai esok nafasku terhenti, ingatlah detik terakhir ini. 
Andai esok nadiku mati maafkan kesalahan diri ini."
Itulah antara mesej yang terkandung dalam telefon bimbit milik Nur Izzati Anuar yang terbunuh bersama adiknya dalam kemalangan di Kilometer 94 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Renek, di sini semalam.
Bapa mangsa, Anuar Abdul Rahman, 44, memberitahu, telefon bimbit itu ditemui hari ini bersama kad pengenalan anak keduanya itu dalam kenderaan yang remuk.
Katanya, Nur Izzati yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu seakan tahu dia akan 'pergi'.
Menurutnya, terdapat beberapa lagi mesej yang membayangkan perasaan Nur Izzati yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

"Nur Izzati adalah pelajar yang menjadi harapan sekolahnya dalam peperiksaan SPM nanti.
"Dia meminati pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika di temui di rumahnya di Kampung Padang Baloh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 semalam, Nur Izzati dan adiknya, Abdul Muiz, 15, terkorban setelah kereta Perodua Myvi yang dipandu abang mereka, Md. Izzat, 21, merempuh sebuah lori.
Sebelum kejadian, mereka bersama sebuah lagi kereta yang dipandu oleh bapa mereka, Anuar Abdul Rahman dalam perjalanan pulang ke kampung dari rumah mereka di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu setelah berbuka puasa.

"Nur Izzati memang seorang pelajar yang rajin dan bercita-cita untuk menjadi akauntan dan telah menghadiri banyak kelas tuisyen termasuk Bahasa Inggeris. Dia juga sering mendapat markah tinggi dalam ujian.
"Cuma peliknya kedua-dua beradik itu yang sangat mesra dan selalu bergurau, liat untuk berbuka puasa dan agak berlainan daripada sebelumnya," ujarnya.

Selain itu, katanya, Abdul Muiz pernah memberitahu kepada sepupunya semasa pulang ke kampung minggu lalu bahawa dia akan mati pada Jumaat.
Muiz juga merakamkan gambarnya bersama dua sepupunya menggunakan telefon bimbit dan pernah memberitahu bahawa dia tidak akan tinggal di rumah yang sedang diperbaiki oleh bapanya.
Anuar berkata, pakaian hari raya milik Nur Izzati yang ditempahnya sebulan lalu telah siap sementara pakaian anaknya yang lain dijangka dibeli pada minggu ini.
Tambahnya, kedua-dua anaknya juga kelihatan kurang bercakap sejak seminggu lalu dan seorang guru tuisyen Nur Izzati ada bertanyakan tentang keadaannya yang kelihatan agak pucat.


Nur Izzati binti Anuar 
(1992-2009),

I really hope you will rest there in peace. 
May God bless you always. 


P/s:
Sometimes it really hurt you a lot when the person that you care so much leave you, the person that you love the most leave you and the worst when they leave you without giving any sign!


-AL-FATIHAH-





2:155

And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirin (the patient ones, etc.).

2:156
Who, when afflicted with calamity, say: "Truly! To Allah we belong and truly, to Him we shall return."


2:157
They are those on whom are the Salawat (i.e. blessings, etc.) (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord, and (they are those who) receive His Mercy, and it is they who are the guided-ones.



 The last memory that I stand for!











No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved