>

Friday, September 12

Beri aku sedikit waktu.


Tak perlu mengharapkan simpati,
seperti pesalah menutup mulut si saksi.

Jadilah manusia yang ihsannya belum lagi mati.

Tak semua orang ingin mengetahui tentang halu tuju hidup kita. Lebih-lebih lagi bila kita tidak punya nama. Namun, tak salah jika kita mencuba, untuk meluahkan isi yang telah lama tersimpan di dalam dada. Kerna, hidup kita hanya sementara. Hidup yang tidak begitu lama. Pasti kita ingin berkongsi segalanya. Pada yang masih menunggu berita.

Jujur pahit rahsia yang ingin ditelan, manis lagi bila kita melepaskan.

Lama sudah aku tidak berkongsi rasa, aku tahu mungkin tiada yang merindui diri. Kerna, aku juga tidak lagi gigih untuk berkongsi segala isi hati diriku di sini. Beralih arah mungkin. Berikan aku sedikit waktu untuk aku menjadi diri aku, untuk aku membentuk diri aku. Biar tak kembali seperti dulu lagi. 

Yang gagah melalak dahulu, tak tahu mana suci yang mana debu.

Untuk petunjuk dari Tuhan, untuk bimbingan dari kawan, untuk leteran mak ayah. Kurang-kurang manusia ini berdikit-dikit berubah.

Dulu, pernah aku beritahu. Masing-masing ada impian, ada harapan. Aku juga tak dikecualikan. Di sini, 500 hanya yang dimahukan. Ini yang kali ke 498.

Satu lagi, untuk hari pengakhiran. Bagi sebuah lagi permulaan.

Terima kasih yang membaca. Terima kasih yang komentasi. Terima kasih yang setia melayan.

Aku beralih arah. Jadi usah bilang rindu.
Kerna aku tidak di sini, tapi perlahan-lahan beralih ke situ.

Jangan uji kesetiaan, bila tidak kuat menempuhi ujian.

Aku sering tertanya, berapa ramai yang akan sudi mendengar celoteh aku hari-hari. Satu? Tiga? Ribu? Juta?

Jika satu, sekurangnya aku tahu ada yang setia terus menunggu. Tiadalah bosan hidupku. Rasa puas hatiku, berkongsi segala yang ku mahu, walau tiada hala tuju, tiada usaha ke arah yang baru.

Jika ribu, seolah tiada lagi privasi. Untuk aku meluahkan yang terpendam di dalam hati.

Jika juta, aku bimbang, tulisan aku seolah menjual nama, mencipta sesuatu yang orang puja, sedang aku papa kedana, tak punya apa, hanya mengharap belas yang Esa, seolah aku kekal selamanya. 

Beri aku sedikit waktu, sebelum semua tahu tuduh melulu.

Untuk sekian kalinya,

Mekap mampu menutup luarmu,
yang mungkin hodoh dan bodoh setia bersatu,
walau di dalam hatimu semuanya penuh menggerutu,
entah-entah penuh pula dengan kutu,
menutup kelemahan bukanlah jalan penyelesaian,
itu hanya satu alat persembunyian,

Macam kata orang yang lama,
kita sebenarnya memakai topeng muka,
sembunyikan diri yang sebenarnya seekor raksasa,
sedang ia segar hidup di dalam diri kita,
tak ada yang mampu lari dari ujian,
bila kita hidup di atas kebenaran.

Kita membazir masa atas persepsi dengan sebuah obsesi,
sedang orang lain mencipta labelnya sendiri,
Sedangkan dari awal kita sedia tahu,
mengharapkan dunia tak kekal lama,
 kerana ia langsung tak punya harga.


Tunggulah aku cukupkan ilmu, sebelum aku membimbing dirimu,
tunggulah aku kuatkan tugu imanku, biar aku menjadi hamba soleh Tuhanmu.

Sekurangnya tunggulah aku mencari diriku, sebelum aku menjadi imammu.



Jika mampu, tunggulah!






Wednesday, August 6

Heroku.


misbeliever:

Do I Wanna Know?

Setiap dari kita pastinya mempunyai keluarga yang berbeza. Punya pengalaman yang berbeza. Tak kurang kenangan yang dicipta pastinya turut berbeza.

Bapa.
Tiap dari kita mungkin ada merasakan bahawa seorang bapa dilabelkan sebagai seorang lelaki yang bengis, garang, yang pastinya akan memukul lebih daripada menegur setiap kesalahan yang kita lakukan.
Aku juga begitu.

Pernah suatu ketika aku menyimpan dendam atas tingkah laku ayahku, yang aku gelar papa. Hingga bila aku semakin dewasa dan melihat dia semakin berusia, semakin tua. Dengan kudratnya yang sudah mula lemah dan tidak bermaya. Dengan penglihatannya yang tidak lagi jelas seperti yang dia pernah punya. Tak kurang, semakin aku membesar. Aku juga mulai berjaga-jaga dalam susun kata untuk berbicara denganNya. Dan saat itu juga ada aku melihat beberapa orang ayah teman rapatku yang telah pergi meninggalkan mereka. Saat itu, aku mula bersyukur, papa masih ada.

Celik mata, aku masih mampu bersalaman dengannya. Saat aku ingin memejam mata, aku masih mampu untuk mengucup pipi, juga dahinya. Aku masih mampu memeluknya saat aku berada dalam kegelisahan yang membara di jiwa. Aku masih mampu berkongsi cerita.

Dia mungkin tidak mampu memberikan respon yang ada kala aku harapkan. Tapi, bagi aku dia tetap seorang pendengar yang setia. Dia tahu bila aku memerlukan wang. Tak kurang dia juga mengerti bila saat aku paling memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Aku tidak tahu berapa panjang lagi kehidupan diriku. Aku juga tidak akan pernah tahu berapa lama dia mampu untuk menemaniku. Lalu, setiap hari-hariku aku cuba untuk terus mencipta kenangan yang aku tahu suatu masa aku tidak mampu menyesali segala tindak tandukku.


Papa,
terima kasih atas segalanya.
Terima kasih kerana bersabar atas kenakalan sewaktu masih muda usianya.
Terima kasih atas perhatian ketika menginjak remaja.
Terima kasih atas bekalan agama untuk persiapan menghadapi usia tua.

Papa,
terima kasih kerana memukul bagi membetulkan kesilapan.
Terima kasih kerana garang bagi memberikan pengajaran.
Terima kasih kerana sentiasa ada dalam tiap sisi kehidupan.

Dunia,
suatu yang sementara.
Keluarga,
pinjaman yang seketika.
Tapi, cinta akan tetap terus setia.
Walau hilang atau masih bernyawa.
Kerana cinta bukti kasih sayang kita.

Beban hati ini biarkan ia berbunga menyebarkan benih-benih cinta.
Cinta yang buat kita terluka.
Yang akhirnya buat kita kembali kepada-Nya.

Yang mencipta cinta.

Suburkanlah kasih sesama manusia.
Leraikanlah permusuhan sengketa hamba.

Kembali pada Tuhan juga suatu masa.

Cintailah Tuhan yang mencipta,
bagi menghargai cinta antara hamba.

Cinta itu yang tidak akan pudar kesuciannya.



Rindu benar untuk aku menulis di sini, rindu benar pada dia yang jelas benar aku cintai.
Tapi sayangnya dia tiada lagi di sisi. 
Apa gunanya tangisan mengalir di pipi, bila yang dirindui tiada lagi.
Tiada tempat untuk aku meluahkan rasa hati.
Hanya ikhlas sujud kepada Ilahi.



I very like you, but I don't know who you are. 

Tuesday, July 1

Naskah Kehidupan 7 ( Akhir )

Hidup, mati.
Datang dan pergi.
Sayang-menyayangi dan ditinggalkan sendiri.
Setiap dari kita pernah mengalami. Juga mendalami.

Sesuatu yang dahulunya kita benci tidak semestinya ianya tidak mampu diubah menjadi sesuatu yang kita cintai.
Di sini, yang pastinya akan diingati.

Setiap kematangan yang terbentuk, setiap jalinan yang terlahir, setiap kenangan yang tercipta, segalanya sudah cukup indah sebelum aku menutup mata. Sebelum aku berhijrah di satu tempat yang pastinya setiap dari kita berhimpun jua.
Yang mengajar aku tentang pegangan itu sesuatu yang perlu wujud dalam setiap sisi kita. Kita bukan siapa-siapa tanpa Dia. Dari dia kita mendapatkan sesuatu yang ada kala kita sendiri tidak bersedia.

Yang dulunya jahil, sekurangnya dia cuba memperbaiki diri.
Yang dulu lari dari bercakap halal dan haram, sekurangnya hari ini dia cuba memperbetulkan kembali.
Yang dulunya tidak mengerti, sekurangnya hari ini dia cuba untuk memahami.

Tanamkanlah satu niat yang baik, walaupun niat berbuat baik itu tidak mampu dikerjakan. Sekurangnya, masih mempunyai satu impian untuk berbuat baik.






Melepaskan sesuatu yang sememangnya kita mahu bukanlah bermakna kita ini telah kalah dalam satu perjuangan.
Cuma, ada masa kemenangan tidak semestinya menjanjikan kita kemenangan.
Tetapi, melihat kebahagian itu diberi kepada yang lebih memerlukan.
Kita lebih menghayati apa itu sebuah kemenangan.

Deep.

Akan ada rakan yang lebih memahami,
yang lebih mengetahui kehendak hati kita sendiri.
Yang bukannya cuba mengaturkan kehidupan kita ini,
cuma ada masa dia mahu memberikan pertolongan yang kita sendiri tidak yakini.

Sama ada dalam perhubungan atau dalam kehidupan,
semuanya boleh diguna pakai.

Ada yang ingin kita untuk berubah,
mendekati Dia.

Sujud yang lama di sejadah.


Bukankah telah diberi janji,
kegelisahan hari ini,
takkan selamanya di sini,
satu hari ditunaikan janji,
digembirakan hati yang lahirnya mengingati.

Sabarlah hati yang letih,
yang hari-hari terasa pedih,
tapi amalnya tak mengenal erti jerih,
suatu masa tiada lagi diri bersedih,
bila kebahagiaan datang menindih.

Percayalah pada yang memiliki,
akan segalanya yang Dia kuasai,
hati yang kotor sedia disuci,
bila zikir tiadanya mati,
ikhlas selawat kepada Nabi.

Hati hati dengan hati,
lembutnya ia penuh misteri,
kuatnya ia hikmah berseri.



Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved