>

Saturday, January 18

Bicara seorang teman.

yunyunnisakhairunnisa:

Tanggungjawab tanpa cinta.

Aku tidak merindui cahaya,
yang aku rindukan pada yang menyuluh,
yang memberi cahaya,
Yang membuat aku membuka kembali mata yang lama ditutup.

Maaf,
aku juga manusia biasa.
Yang bisa terluka

Ku lapangkan dada walau aku terluka.

Ada perkara yang bisa menjadi perkara yang menyedihkan.
Bila senang sekali dituduh, "kawan makan kawan" yang seakan menjadi adat kebiasaan.

Paling menyedihkan, bila kita dituduh tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Lagi menyedihkan bila segala yang pernah dibina, susah senang bersama, segalanya musnah dalam sekelip mata.

Hanya kerana tingginya pujian cinta pada manusia.

Tak mengapa, tak mengapa.
Aku percaya, Tuhan itu sentiasa ada.
Jangan ada rasa sedih dan kecewa gelora di jiwa.

Patah tumbuh, hilang berganti.
Setiap yang pergi pasti akan diganti.
Yang pasti datangnya akan lebih baik lagi.

Dendam?
Ianya tiada berguna.
Hanya perilaku manusia yang kejam.
Yang tiada iman di dalam dada.

Doa.
Itu senjata yang lagi berbisa.
Yang melumpuhkan hati manusia.
Yang membuka mata manusia.
Yang menyedarkan kesilapan manusia.

Hidup ini tak berapa lama.

Apa guna sakitkan hati dengan membenci apa yang tidak lagi menjadi milik kita.
Apa guna tidak memberi peluang pada yang sentiasa ada, yang tetap setia sepanjang masa?

Berapa ramai bercinta dengan yang lain, berkahwin pula dengan yang lain.
Berapa ramai juga yang bermusuh dengan kawan baik.

Tahniah untuk semua.
Semoga kekal bahagia.

Selagi kita manusia, kita hanya kekal seorang hamba.
Yang khilafnya sepanjang masa.

Hanya mohon diampun pada yang Kuasa.

Ku lapangkan dada walau aku terluka.
Kerana aku tahu hikmahnya sentiasa ada.

Bukankah manusia ini khalifah penerang dunia?

p/s:

Selamat melangkah ke fasa baru yakni alam perkahwinan.
Semoga berbahagia dengan siapa saja berumah tangga,
walau ianya bukan cinta kita yang pertama,
walau ianya bukan cinta yang terakhir bersama kita,
sekurangnya dengan cinta kita kepada-Nya,
makin mendekatkan diri kita kepada yang Kuasa,
yang tidak berseorangan di dunia,
yang bersama menuju Syurga.
Yang tiada lagi akan rasa pedihnya luka,
yang berteman lama di jiwa.

Yang menemani itu bukan hanya manusia,
tapi dia juga seorang hamba.

Kerana hanya hamba yang tunduk kepada tuannya.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved