>

Friday, March 29

Mencipta nama.






Ada kala masalah yang kita ada. Bukan berpunca atas silap kita.
Tapi kerana insan yang rapat telah menuding kepada kita.
Ia membuatkan kita yakin itu salah yang kita cipta.

Dia.
Mengarang satu lagu cinta. 
Tidak punyai suara. Tidak juga pandai bermain alat muzik dengan penuh irama.
Hanya berlandaskan sedikit rupa. Berbekalkan sedikit jenaka.
Dia harap lagunya bakal dinyanyikan pada insan yang dicinta.
Dia bukan Najwa Latif yang terkenal dengan pelbagai berita.
Walau nama ayah mereka hampir sama.
Tapi kelebihan mereka berdua nyata berbeza.

Dia.
Mempunyai suatu idea.
Dia ingin menghasilkan satu karya.
Mungkin tidak mendapat nama seperti Ombak Rindu yang telah mengukir nama.
Tapi dia tetap ingin beradu di dalam satu arena. Arena yang sama.
Cuma masanya belum lagi tercipta. Kerna dia asyik dalam dunianya.
Dunianya mencari cinta untuk dilengkapkan menjadi cerita.

Dia.
Kreatifnya dirasakan berbeza.
Dia yakin bakatnya ada. Tapi tidak seperti Mat Lufhi yang punya pandangannya.
Tapi dia juga ingin berkongsi apa yang dia punya. Apa yang dia rasa.

Dia.
Ada kala ingin meluahkan segalanya. Cuma dia tidak tahu caranya bagaimana.
Agamanya ada tetapi belum pasti amalnya sempurna.
Dia bukan Hilal Asyraf katanya.
Tapi dia tidak pernah berputus asa.
Dia bukan mengejar nama. Apa lagi menjadi ternama.
Cuma dia mahu menjadi dirinya. 

Ada masa.
Tak salah untuk mempunyai cita-cita. Walau ianya hanya angan angan yang dibuat jenaka.
Cuma.
Dalam mengejarnya tak perlu dengki dengan bakat orang punya.
Cukup dengan apa yang kita ada. Keunikannya akan lahir berbeza.
Anugerah yang dimiliki itu pasti serasi dengan kita.
Tak perlu bangkit dengan cara menjatuhkan orang yang telah cuba berusaha.
Tak perlu dengki dengan apa yang sudah orang itu cipta.


Dia yang tak mahu ketinggalan. 
Akan sentiasa maju ke hadapan.
Bukan dengan sebarkan hasutan.
Tapi ikhlas dalam pekerjaan.

It is narrated that a tree once wept for The Prophet (saw). 

O Muslims, have our hearts become harder than trees?

2 comments:

Anonymous said...

Dia, itulah syakir salman :D

Wook said...

haha. dia kena saspen sikit. xley bagitaw sapa. :p

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved