Dalam kita
sibuk memikirkan hal dunia,
ada yang fikirkan nasib hidupnya.
Sedang elok kita berjenaka,
ada yang statik dengan hidupnya merana,
mencari sesuap nasi untuk yang tercinta,
sedang kita melayari bahtera dunia.
Hilang saudara kerana "sejemput" harta,
masalah berleluasa kerana status yang ingin dipuja,
pelbagai cerita mula direka,
hanya kerna nama "asuhan" manusia.
Mana pergi
harta kalau tak disumbang pada jiwa,
perlu sedar
hidup ini hanya sementara,
harta itu
hanya pinjaman dunia,
milik
mutlak yang maha Kuasa,
jangan lupa
sejarah tercipta,
tersembunyi harta
kerana lagaknya,
pergi Qarun
ditelan dunia,
tinggal
nama pengajarannya ada,
pesan buat
sejagat manusia.
Jangan malu untuk sumbangkan yang ada,
walau mampu ditertawakan seketika,
fikirkan saham hidupmu di sana,
ini hanyalah persinggahan sahaja.
Kalau mahu menderma harta,
dermalah ia seikhlas jiwa,
bukan hanya kerana nama.
Kalau harta tiadalah pula,
sumbanglah doa sebesar jiwa,
siapa tahu nilainya ada.
Jangan salahkan miskin yang papa kedana,
bila yang kaya susah menderma.
Ketahuilah segalanya hanya Dia yang punya.
No comments:
Post a Comment