>

Thursday, March 28

Paradigma Dunia ( Soalan 2)- Akhir

Kehidupan akan diteruskan walau aku telah pergi. Kerna aku percaya diri aku bakal diganti.
Hingga satu masa yang aku tidak ketahui. Dunia ini turut musnah dengan kuasa Ilahi.
Saat itu masih mampukah untuk aku terus gembira begini?
Atau pengakhiran diriku diakhiri dengan rintihan ingin minta kembali?
Segala ketentuan hanya Dia yang ketahui.




"IF YOU KNOW YOURSELF, THEN YOU’LL NOT BE HARMED BY  WHAT IS SAID  ABOUT  YOU."



Arabian proverb

Gambaran 8
Kalau cinta adalah sesuatu yang manis untuk dilalui. Mengapa ramai sekali yang patah hati? Mengapa ramai yang korbankan diri? Mengapa ramai hilang maruah diri kerana terbeban dengan janji yang dianggap suci? Persoalan yang terbiasa bermain di benak hati. Hingga ramai yang takut untuk percaya pada cinta sejati. Kata semua cinta sempurna hanya pada Ilahi. Bila masa cinta yang dicari akan engkau ketemui?

Gambaran 9
Seorang hamba sedang ingin berubah. Dia sangat memerlukan hati yang tabah. Tetapi mengapa semakin diuji dengan ujian yang ada kala rasionalnya tidak munasabah. Adakah kerana dia tidak layak untuk terus berubah? Perlukah ia kembali ke jalan yang salah? Bila ujian getir ini dirasakan semakin payah. Adakah berbaloi penantian ini bagi melihat perubahan berlaku di dalam segenap manusia akan terus bercambah?

Gambaran 10
Pelbagai persoalan terlahir di minda. Soalan yang banyak tapi jawapannya tetap juga tidak dijumpa. Pada siapa lagi aku harus bertanya? Pada mana lagi harus dirujuk bagi menjawab segala yang tersekat di dada?

Selagi permulaan belum sampai kepada pengakhiran. Teruskan dengan membina pelbagai soalan. Cuma jangan sampai tertekan. Jangan disoal secara berlebihan. Di pengakhiran jawapan itu pasti datang tanpa sedar untuk fikiran kau tawan. Ada kala jawapan itu terjawab tanpa dalam saat yang kau tidak mampu untuk fikirkan.

Cuma satu yang aku pinta. Dalam meniti satu kehidupan yang sememangnya berharga. Cuba teroka dengan mata yang kau ada. Cuba dengar segala rintihan dengan telinga yang kau punya. Cuba kau rasakan keperitan insan sekeliling dengan hati yang dikurnia. Cuba fikirkan setiap yang kau jumpa apa penyelesaiannya. Cuba kau guna akal yang sempurna. Jangan pula berlandaskan nafsu durjana. 

Aku bukan pencinta yang hanya tahu bermadah. 
Aku bukan alim ulama' yang akhirnya di tikar sejadah. 
Aku hanya pinta satu hati yang tabah.
Aku hanya pohon rahmatNya untuk berubah.

Jangan pernah takut untuk menjadi baik. Walau kau bakal diherdik.
Jangan pernah menyesal menjadi alim. Walau kau dilayan zalim.

Di penghujungnya saat insan lain ingin berpatah balik. Kau sudah di darjat terbaik.

p/s:

Kalau dicari penulisan tentang diri ini yang sebenar.
Percayalah, walau segala cerita telah jauh tersebar.
Susah untuk kau mencari yang benar.

Kalau dicari sesuatu yang seronok dituju.
Begitu ramai sekeliling yang menjadi palsu.
Hingga kau tidak tahu mana satu kaki penipu.

Kalau kau cari seorang hamba.
Jangan kau nilai segala perilaku yang nampak di mata.
Tapi cukup kau berdoa kerna ianya terkesan hanya di jiwa.

Mereka ketawa saat kau diseksa. Mereka menyeksa saat kau percaya. 
Mereka percaya kau hanya berdusta.
Kerana sangkaan dusta kau hilang nyawa.
Saat kau bangkit dan rasakan akan terus diseksa dan berduka.
Dia datang membawa khabar berita.
Sudah cukup untuk kau terus menderita.

Tinggallah dalam keadaan kau kekal bahagia selamanya


Hilaian seorang hamba.
Di akhirnya dia mahu terus ketawa.

Dengan senang lena di dalam syurga.





No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved