>

Thursday, January 17

Dengar itu, " Listen"


Hari hari bila kita bangun.
Ada kala mungkin kaita pernah terfikir. Menyoal dalam diri
Adakah hari ini diri kita akan gembira?
Bolehkah, mampukah untuk kita buat seseorang gembira.

Walhal, kita tahu. Bukan senang untuk menceriakan diri sendiri, apa lagi untuk buat insan sekeliling selesa dengan setiap tingkah laku.
Hingga ada kala, kita mungkin takut. Takut untuk melakukan sesuatu.

Bukan segala yang kita lakukan orang akan suka.
Sebab pemikiran kau dan dia selalunya berbeza.

Sekarang, agak kecoh dengan "Listen, Listen, Listen".
Tak pandai nak komen apa apa.

Apa yang pasti. Tak salah untuk kita mendengar pandangan seseorang.
Meski kita banyak ilmu sekali mana pun. Tinggi mana pun belajar.
Jangan pernah anggap kita hebat. Jangan rasa ilmu kita sudah cukup banyak.

Belajarlah daripada kisah Musa dan Khidir.

Kadang kala. Kita terlampau merasa selesa dengan apa yang kita ada.
Bukan bermakna bila kita sentiasa merungut bermakna kita tidak selesa. 
Bukan bermakna orang membangkang bermakna kita salah. 
Cuma ada masa kita perlu memberi ruang. Perlu saling menerima dan memberi.
Daripada berkesudahan mencaci dan mengkeji.

Memberi komen tidak bermakna kita seorang juri.
Memberi nasihat tidak bermakna kita seorang da'i.
Cuma ianya menunjukkan kita mempunyai kematangan akal, kesucian hati.

Bila kita tak mampu melindungi seseorang daripada kepanasan matahari.
Sekurang kurangnya kita berpeluh bersamanya mengharungi kepanasan mentari.

Jadilah insan yang pandai bermujahadah daripada berlebihan bermadah.""

p/s:

I just enjoyed myself.
#Set 13.

Sincerely, Syakir Salman Latif.




2 comments:

tepijalan said...

kelakar macammana isu listen tu lebih mendapat tempat dalam hati keyboard warriors berbanding isu "quran thumping mother fuckers".sebab bagi aku, menggabungkan perkataan 'quran' dengan 'mother fuckers' adalah lebih besar dari isu hak kebebasan bersuara.
bagi aku la.

Wook said...

haha. well x taw nak kata apa jugak. perhaps mungkin kerana isu ini lebih dekat and trend di laman sosial. so people more focus on that. btw, you have a good point.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved