>

Wednesday, January 23

Crush (Aku Keliru, Aku tak mahu) & Salam Maulidur Rasul

Part 1

Kalau awak adalah bidadari,
saya tak mampu untuk miliki di dunia ini tetapi sekurang kurangnya saya percaya awak adalah peneman saya di dunia dan bidadari hati saya di sana


Perasaan suka atau cinta.
Soal hati dan perasaan. Tiada siapa yang mampu menduga. Kerna ia bukan di bidang kuasa.
Jadi tak perlu halang perasaan itu, biarkan saja.

Cinta dan jatuh cinta.
Itu perkara biasa bagi hati manusia.
Kerna cinta itu hadir dengan air mata.
Ia berteman juga dengan senyuman yang ceria.
Memikat hati si hamba hanya setia pada bibir sang pemuja. Tinggalkan segala pendusta.
Pedulikan hati yang luka lara.

Tidak perlu menjadi doktor cinta untuk berbicara tentang cinta hanya cukup dengan mencintai diri kita maka kita mampu mencintai orang lain.

Bila dirimu jatuh cinta dengan diriku.
Aku tak mampu menghalang dirimu tapi aku harap rasionalmu mampu mengawal dirimu.

Cinta adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan bila ia tak mampu dimiliki.
Manisnya muncul hanya bila cinta itu bersatu antara dua hati namun adakah cinta itu satu cinta hakiki yang selalu dicari? Atau ia cinta Ilahi cinta yang tiada rasanya pergi namun setia dibawa mati?
Kerna cinta itu bukan mainan mimpi dalam sebuah realiti.
Kita tidak perlu percaya kata bahawa bila sayang kita harus melepaskan ia pergi. Hingga kita akan terluka hati.
Kita tidak perlu percaya bahawa menyayangi tak bermaksud tidak harus memiliki.
Tapi kita perlu berharap diberikan agar terbuka pintu hati untuk memiliki seseorang yang benar-benar mampu memikat hati walau ia bukanlah seorang bidadari.

Jangan pernah percaya pada cinta fantasi.
Memang ianya indah seperti mimpi tapi sayang ada kala ianya tidak wujud di alam realiti.

Crush.
Satu yang saya mahu awak tahu.
Saya tak mahu apa yang saya ada pada hari ini hilang pada esok hari dan saya tak mahu apa yang saya miliki pada esok hari adalah satu ulangan kesilapan yang sama dilakukan pada masa lampau.

Part 2


 

Kalau mahu lihat satu perjuangan yang ada tanda kesetiaan kasih sayang bacalah kisah peperangan di zaman Baginda, kisahnya hanya dibaca dengan helaian demi helaian dibalik ke sini dan ke mari namun ada kala air mata mampu menitis. Perjuangan itu hanya di dalam sebuah pembacaan, tetapi ianya dibawa hingga ke satu penghayatan. Itulah satu kasih sayang agung yang tanpa penghujung.

Manusia mana yang hatinya disuci?
Manusia mana yang ibadahnya hingga bengkak kaki?
Manusia mana yang berjuang hingga telah hilang gigi?
Itulah kasih baginda yang diberi nama Muhammad s.a.w

Perjuangan seorang yatim piatu. 
Yang berjuang dengan penerimaan wahyu.
Yang menyebut 'umatku' saat ajal datang bertamu.

Ya Rasulullah s.a.w
Aku mungkin bukan umat yang selalu mengingatkan dirimu.
Namun aku ingin sekali mendakap dirimu.
Ya Rasulullah s.a.w
Ada kala bukan semua sunnahmu yang dilakukan diriku.
Namun aku ingin sekali mendengar syarahmu.
Ya Rasulullah s.a.w
Ada kala Al-Quran bukan semua di kepalaku.
Namun aku ingin sekali mendengar alunanmu.
Walau aku tidak tahu ke mana destinasiku, satu yang aku pinta,
agar satu hari kita mampu bertemu.

Salam Maulidur Rasul ya Rasulullah s.a.w dan para anbiya.
Kepadamu aku berselawat dan kepada ALLAH aku bersujud.

Penyelamat umat hidup aman bahgia di alam sana.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved