>

Saturday, January 5

Dua Kosong Satu tiga.

Sekarang tahun sudah berganti,
masa bertemu Ilahi kian mendekati,
cuba perbanyakkan amal tersendiri,
bila mati tak menyesal lagi.

Bila masuk tahun baru. Ramai daripada kita mula untuk "set azam". Buat "wishlist" panjang berjela dengan berharap apa yang kita hajatkan akan mudah untuk dikabulkan. Ada yang mungkin akan terlaksana, ada juga yang hanya angan-angan saja. Ada yang sampaikan tidak cukup masa dalam menjalankannya.

Sebab, ada kala kisah kita hanya hidup di pertengahan saja. Bila kita sudah mampu meramalkan apa yang berlaku di penghujungnya. Kerna kita belajar daripada sebuah permulaan. Kita hanya pengisi sebuah kekosongan. Pemenuh ruang dalam satu pertengahan. Yang kadang kala kita tertanya tanya tanpa mendapat sebarang balasan.

Saya sentiasa tertanya tanya. Macam mana nak dekat dengan Ilahi kalau hari hari kita tidak mampu melihat bayangnya. 
Mungkin andaian yang mampu dibuat. Amboi, budak ni "demand" lebih, diri sendiri, al-Quran pun baca tersekat sekat, solat berjemaah jarang sekali, batas pergaulan pun tak pernah diatasi, ada hati nak cium bau Syurga Ilahi.

Sebab kita mudah hidup dalam prasangka. Saya tidak pernah kata bahawa prasangka itu tidak memberikan sebarang makna. Cuma ada kala kita bertindak tanpa luar kawalan. Kita berfikir tanpa fikiran yang mendalam.

Kita mudah mengatakan bahawa kita ini tidak sempurna. Tidak layak untuknya. Kita semakin jauh dariNya.
Tanpa kita sedari, makin kita jauh makin Dia dekat. Berapa ramai yang hidup miskin tapi masih hidup bahagia dalam keluarga. Kerna dia yakin padaNya. Berapa ramai jutawan kaya raya tapi keluarganya porak peranda, rumah tangganya tidak bahagia dan adakah ini dipanggil hukum karma? Saya tidak merasakannya. Ini bukan karma sama sekali. Ini rasa kasihnya

Miskin itu permainan minda manusia kerna dia ingin beri kasihNya pada hidup yang kekal di sana. Kaya itu umpan manusia agar dia tahu ujian yang diberikan adalah kekayaanNya untuk persediaan kehidupan di sana.

Tidak kisah sama ada perkara itu subjektif sekalipun ianya akan tetap memberikan sesuatu pengajaran.

Bila tahun berubah. Diri kita juga harus diubah.
Walau diri kita baik sekalipun, kita harus terus menjadi lebih baik. Jangan pernah mudah merasa selesa.
Walau diri kita keji sekalipun, kita perlu berubah menjadi baik. Jangan pernah merasa terhina.

Jangan pernah tanya di mana Ilahi, kerna dia selalu di sisi.

Mungkin kita tidak mampu lihat bayangnya. Tapi kita mampu merasakannya.

Percaya atau tidak. Bila masuk tahun yang baru. Ada sesuatu yang kita sangat sangat takut akan hilang. Hilang yang tersayang. Kerna kita tahu umur mereka tidak lagi panjang. Ada masa malaikat maut bisa mengundang. Maka, jangan pernah terlambat untuk ucapkan rasa sayang kerna bila mereka hilang. Bayangnya masih dalam fikiran tapi fizikalnya sudah tidak mampu dipegang.
*

p/s:

Wish tahun baru 2013.

1) Movie- senantiasa ingin berkarya dalam menghasilkan cereka. Kerna dalam drama kita mampu meluahkan sesuatu gambaran yang sukar diungkap.

2) Lagu- sedar tidak mempunyai kualiti suara yang berkualiti. Tapi hanya ingin menulis lirik, mencipta lagu yang mampu dihayati.

Bila ianya mampu terlaksana, indahnya rasa tidak terkata.

Sekian


Selamat Tahun Baru.
Dua Kosong Satu Tiga.

" Jangan memuji bila seseorang itu mempunyai amal yang tinggi,
doakannya atas segala khilaf yang telah tersemat tersembunyi. "

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved