Setiap dari kita pastinya mempunyai keluarga yang berbeza. Punya pengalaman yang berbeza. Tak kurang kenangan yang dicipta pastinya turut berbeza.
Bapa.
Tiap dari kita mungkin ada merasakan bahawa seorang bapa dilabelkan sebagai seorang lelaki yang bengis, garang, yang pastinya akan memukul lebih daripada menegur setiap kesalahan yang kita lakukan.
Aku juga begitu.
Pernah suatu ketika aku menyimpan dendam atas tingkah laku ayahku, yang aku gelar papa. Hingga bila aku semakin dewasa dan melihat dia semakin berusia, semakin tua. Dengan kudratnya yang sudah mula lemah dan tidak bermaya. Dengan penglihatannya yang tidak lagi jelas seperti yang dia pernah punya. Tak kurang, semakin aku membesar. Aku juga mulai berjaga-jaga dalam susun kata untuk berbicara denganNya. Dan saat itu juga ada aku melihat beberapa orang ayah teman rapatku yang telah pergi meninggalkan mereka. Saat itu, aku mula bersyukur, papa masih ada.
Celik mata, aku masih mampu bersalaman dengannya. Saat aku ingin memejam mata, aku masih mampu untuk mengucup pipi, juga dahinya. Aku masih mampu memeluknya saat aku berada dalam kegelisahan yang membara di jiwa. Aku masih mampu berkongsi cerita.
Dia mungkin tidak mampu memberikan respon yang ada kala aku harapkan. Tapi, bagi aku dia tetap seorang pendengar yang setia. Dia tahu bila aku memerlukan wang. Tak kurang dia juga mengerti bila saat aku paling memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Aku tidak tahu berapa panjang lagi kehidupan diriku. Aku juga tidak akan pernah tahu berapa lama dia mampu untuk menemaniku. Lalu, setiap hari-hariku aku cuba untuk terus mencipta kenangan yang aku tahu suatu masa aku tidak mampu menyesali segala tindak tandukku.
Papa,
terima kasih atas segalanya.
Terima kasih kerana bersabar atas kenakalan sewaktu masih muda usianya.
Terima kasih atas perhatian ketika menginjak remaja.
Terima kasih atas bekalan agama untuk persiapan menghadapi usia tua.
Papa,
terima kasih kerana memukul bagi membetulkan kesilapan.
Terima kasih kerana garang bagi memberikan pengajaran.
Terima kasih kerana sentiasa ada dalam tiap sisi kehidupan.
Dunia,
suatu yang sementara.
Keluarga,
pinjaman yang seketika.
Tapi, cinta akan tetap terus setia.
Walau hilang atau masih bernyawa.
Kerana cinta bukti kasih sayang kita.
Beban hati ini biarkan ia berbunga menyebarkan benih-benih cinta.
Cinta yang buat kita terluka.
Yang akhirnya buat kita kembali kepada-Nya.
Yang mencipta cinta.
Suburkanlah kasih sesama manusia.
Leraikanlah permusuhan sengketa hamba.
Kembali pada Tuhan juga suatu masa.
Cintailah Tuhan yang mencipta,
bagi menghargai cinta antara hamba.
Cinta itu yang tidak akan pudar kesuciannya.
Rindu benar untuk aku menulis di sini, rindu benar pada dia yang jelas benar aku cintai.
Tapi sayangnya dia tiada lagi di sisi.
Apa gunanya tangisan mengalir di pipi, bila yang dirindui tiada lagi.
Tiada tempat untuk aku meluahkan rasa hati.
Hanya ikhlas sujud kepada Ilahi.
I very like you, but I don't know who you are.
No comments:
Post a Comment