>

Tuesday, July 1

Naskah Kehidupan 7 ( Akhir )

Hidup, mati.
Datang dan pergi.
Sayang-menyayangi dan ditinggalkan sendiri.
Setiap dari kita pernah mengalami. Juga mendalami.

Sesuatu yang dahulunya kita benci tidak semestinya ianya tidak mampu diubah menjadi sesuatu yang kita cintai.
Di sini, yang pastinya akan diingati.

Setiap kematangan yang terbentuk, setiap jalinan yang terlahir, setiap kenangan yang tercipta, segalanya sudah cukup indah sebelum aku menutup mata. Sebelum aku berhijrah di satu tempat yang pastinya setiap dari kita berhimpun jua.
Yang mengajar aku tentang pegangan itu sesuatu yang perlu wujud dalam setiap sisi kita. Kita bukan siapa-siapa tanpa Dia. Dari dia kita mendapatkan sesuatu yang ada kala kita sendiri tidak bersedia.

Yang dulunya jahil, sekurangnya dia cuba memperbaiki diri.
Yang dulu lari dari bercakap halal dan haram, sekurangnya hari ini dia cuba memperbetulkan kembali.
Yang dulunya tidak mengerti, sekurangnya hari ini dia cuba untuk memahami.

Tanamkanlah satu niat yang baik, walaupun niat berbuat baik itu tidak mampu dikerjakan. Sekurangnya, masih mempunyai satu impian untuk berbuat baik.






Melepaskan sesuatu yang sememangnya kita mahu bukanlah bermakna kita ini telah kalah dalam satu perjuangan.
Cuma, ada masa kemenangan tidak semestinya menjanjikan kita kemenangan.
Tetapi, melihat kebahagian itu diberi kepada yang lebih memerlukan.
Kita lebih menghayati apa itu sebuah kemenangan.

Deep.

Akan ada rakan yang lebih memahami,
yang lebih mengetahui kehendak hati kita sendiri.
Yang bukannya cuba mengaturkan kehidupan kita ini,
cuma ada masa dia mahu memberikan pertolongan yang kita sendiri tidak yakini.

Sama ada dalam perhubungan atau dalam kehidupan,
semuanya boleh diguna pakai.

Ada yang ingin kita untuk berubah,
mendekati Dia.

Sujud yang lama di sejadah.


Bukankah telah diberi janji,
kegelisahan hari ini,
takkan selamanya di sini,
satu hari ditunaikan janji,
digembirakan hati yang lahirnya mengingati.

Sabarlah hati yang letih,
yang hari-hari terasa pedih,
tapi amalnya tak mengenal erti jerih,
suatu masa tiada lagi diri bersedih,
bila kebahagiaan datang menindih.

Percayalah pada yang memiliki,
akan segalanya yang Dia kuasai,
hati yang kotor sedia disuci,
bila zikir tiadanya mati,
ikhlas selawat kepada Nabi.

Hati hati dengan hati,
lembutnya ia penuh misteri,
kuatnya ia hikmah berseri.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved