>

Sunday, May 25

Pergi kepada yang baru.


" Pahit untuk melepaskan,
yakinlah akan  ada manisnya untuk kembali memulakan. "

Setiap dari kita punya minat.
Minat membaca, minat melukis. Di mana minat ini mungkin sesetengah dari kita menggelarkannya sebagai hobi atau sekadar mengisi kekosongan di masa lapang. Saat kita merasa kekosongan.

Tak kurang ada yang punya hobi mengumpul setem, bersosial mungkin. Walau sosialnya itu hanya di alam maya. Lebih tepat, sekadar bersosial di laman sosial. Tapi, bila bertemu di alam realiti. Nak bertegur sapa pun tidak reti. Ini sama sekali bukan sarkastik. Mungkin ada sedikit. Mungkin! Terpulang pada yang terasa. Terpulang pada setiap justifikasi seseorang itu.

Enough, itu sememangnya sarkastik. Yang menyindir.
Tapi, tak salah untuk sarkastik bagi seseorang itu mengubah apa yang dipandang tidak baik bagi seseorang.
Cuma, berbalik pada soal sarkastik. Terpulang pada pemahaman seseorang itu pula untuk menerima atau tidak.
Ada yang mengatakan bahawa sarkastik itu seolah terlampau takut untuk bicara. Untuk melepaskan segala yang dia rasa. Ada yang mengatakan bahawa sarkastik itu adalah sekadar kiasan bahasa. Untuk mencantikkan lagi bahasa. Di mana mungkin kebaikannya untuk menggantikan sesuatu kepada sesuatu yang lebih nyata. Sekurangnya cuba untuk menjaga air muka. Keputusannya, terpulang bagaimana kita menerimanya.

Cause for me,
Beauty is not something that you should preserve but more or less to feel appreciated.
And it all depend on the eyes that judge. Isn't it?


Ada masa dan ketika.
Minat kita berubah mengikut usia. Berubah mengikut perubahan masa.
Mungkin ada seorang, atau dua, atau mungkin ramai orang yang terus cuba untuk kekal pada minat yang dia pernah punya.
Untuk seseorang yang terus dengan minat lamanya, tiada halangan untuknya. Selagi dia merasa suka dengan pilihannya.
Tidak kurang pada yang telah punya minat yang berbeza, tiada salah baginya. Tiada dosa yang sejujurnya untuk dikira.

Persoalannya, kita bebas dalam memilih keputusan.

Dalam membuat keputusan tiada salah untuk kita minta pendapat. Meminta pendapat tidak bermakna kita tidak ada keberanian dalam menetapkan sesuatu pendirian. Cuma, ada masa dan ketika setiap keputusan yang kita cuba laksanakan, kita juga memerlukan pertolongan. Sekurangnya, bila kita gagal dalam perancangan yang kita pilih kita tidak keseorangan. Tidak kesepian dan seterusnya merasakan satu penyesalan.

Dalam meneruskan apa saja minat kita, tidak salah untuk diri kita yang berubah.
Atau menggunakan medium lain yang mampu merealisasikan lagi apa yang kita minat terutamanya bila kita tidak mahu minat yang kita miliki itu tidak akan pernah berubah.

Ada banyak caranya,
kalau kita tidak pernah kenal erti putus asa.

Ada seorang budak ini, yang minat benar untuk menulis. Menulis dan cuba berkongsi tentang apa saja yang dia rasa. Yang dia tidak mengharapkan seseorang menerima bulat-bulat tentang apa yang dia rasa. Cuma, dia menulis tentang apa yang dia rasa dekat dengannya.Tidak mengharapkan untuk semua orang menyukai tulisannya ataupun mengenalinya.

Yang dia tahu, dia tidak mampu melepaskan minatnya.

Sini, dia tidak mampu tulis hari-hari.
Hingga dia temukan satu solusi.

Sini. Sini. Sini.

Bila saja kita suka,
yang benci pun kita akan hadam untuk buat kita suka.



Di sini,
tempat dia masih belajar.
Cuma dia mula berasa selesa. Untuk berkongsi apa yang dia rasa.
Tak kurang berkongsi apa saja manusia sekelilingnya rasa.

Di sini,
dia akan terus berkongsi.
Cuma tidak seperti di sana, di mana dia merasakan tidak 'awkward' untuk menulis dan terus menulis apa saja celotehnya.

Kalau tidak berjumpa di sini,
jenguklah di sana.

Bila dua-dua tiada lagi perkataan untuk dikongsi,
barangkali dia sudah pergi.

Sedekahkan ayat-ayat-Nya kepada dia. :)

*toddles people*

Di sana,
segala yang pernah ada mungkin tidak akan sama.

Sekurangnya, kita tidak lelah mencuba.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved