Peluang kedua itu sentiasa ada.
Cuma kita payah untuk mengakuinya.
Tak salah untuk memberikan peluang kedua,
kita bukan siapa-siapa tanpa Dia.
Mengapa berlagak kita lagi kuasa?
Tak pernah lekang dari berbuat dosa,
bukti manusia takkan sempurna.
Dari cinta kita punya bahagia,
dari cinta juga kita kecewa.
Kerana cinta yang buta bertambah gila,
kerana cinta lahir permata melihat dunia.
Pernah satu ketika,
kita cuba berputus asa.
Dengan cacian manusia,
dengan persepsi manusia.
Identiti yang wujud pudar sepenuhnya.
Bila gagal bangkit kembali,
bila menangis kesat kembali.
Hidup bukan dusta,
insan bukan boneka,
sayang bukan sekadar rasa,
segalanya punya makna.
Kehidupan ini sebuah cerita.
Percayalah pada yang sentiasa ada.
Bukan kerana ianya sudah ada.
Adanya itu bukti setia.
Jujurlah pada diri sendiri, wahai raksa.
Tak salah terbang tinggi-tinggi,
jangan dilupa pernah berpijak di bumi.
No comments:
Post a Comment