Seorang penyair mengatakan :
Jangan kamu salahkan
Orang merindu dengan kerinduannya
Sehingga kamu mampu menyelami jiwanya.
Setiap dari kita punya perancangan. Yang jelas setiap dari kita rancangannya berbeza.
Walau sedar kita yang merancang, tetap yang menentukan hanyalah Dia.
Aku masih teringat, sewaktu sekolah,
pernah aku bercita-cita untuk menjadi juruterbang yang bebas membawa 'garuda' berlegar di udara.
Namun, ianya berubah semenjak aku menginjak dewasa,
aku lebih inginkan kerja yang tidak membuatkan aku jauh daripada keluarga.
Benar, hari ini,aku hanyalah seorang perantau. Mencari segulung ijazah.
Yang pada mulanya jelas membuatkan aku 'homesick'.
Masa,
pantas benar ianya berlalu. Beberapa ketika saja lagi, aku bakal meninggalkan haluan ini.
Yang dulu mungkin tidak pernah aku impi.
Walau pada mula,
aku mendapat jurusan yang aku tidak pernah minati, 'jurusan kejuruteraan'.
Takdir Tuhan, aku tukar kepada 'sains kemanusiaan'.
Kenangan,berjuta telah aku cipta.
Suka dan duka semuanya pernah aku merasa.
Telan dan terima seadanya.
Walau pernah masam mencuka,
juga manis seperti gula.
Tak kurang tawarnya tanpa bicara.
Tak kurang tawarnya tanpa bicara.
Biar kenangan ini sentiasa dalam ingatan.
Yang manis untuk aku bukukan.
Yang pahit dibuat pengalaman.
Tak salah untuk kita mengharapkan sesuatu melebihi apa yang kita punya,
cuma jangan diabaikan apa yang kita sudah sedia ada.
Andai suatu hari aku pergi,
aku minta agar takkan pernah aku sesali.
Untuk hadir dalam kehidupan ini, mengalahkan 'zillion' sel-sel yang cuba menembusi lubang 'uri-uri'.
Untuk aku yang jelas sekali berubah,
yang dulunya sosialnya tiada pernah ingat tentang asalnya dari tanah.
Yang hari ini masih cuba untuk istiqamah,
walau dugaan datang cuba membuatkan diri semakin lemah.
Satu yang aku pegang,
dunia ini adalah sesuatu yang harus dinikmati.
Carilah diri sendiri, walau kita tahu hanya sementara di sini.
Biar satu hari nanti,
walau aku tiada lagi di sini.
Kenangan yang terukir mekar di hati.
Tiga tahun di sini,
di universiti ini,
langsung tidak buat aku mati,
walau hampir saja aku bunuh diri sendiri.
Tapi jiwa aku seakan mati bila menyedari aku bakal pergi,
kembali pulang pada tempat yang aku mula selami.
Dari tempat yang tak pernah aku fikir akan aku cintai.
2 comments:
harihari terakhir,
ingat, untuk hargai setiap detik
setiap segala terperinci
setiap pelukan
bahkan beberapa air mata
kerana sejak dari hari itu
setiap orang tidak pernah akan sama
mungkinmungkin
terima kasih atas ingatan,
terima kasih atas kenangan seorang kawan,
terima kasih atas nasihat yg diberikan,
insyaallah segalanya dalam genggaman.
Walau bukan jasad seorang kawan tapi cukup kenangan bersama rakan. :)
Post a Comment