Tiada agama yang mengajar berbuat salah.
Cuma manusia yang memahaminya dengan cara yang salah.
Matthew 26:39
"And he (Jesus) went a little further, and fell on his face, and prayed.."
Kadang-kadang kita mahukan persekitaran yang Islamik.
Di mana ikhtilat antara lelaki dan perempuan dijaga dengan batas pergaulan.
Di mana halal dan haram tidak terlepas dari pandangan.
Hingga kita mencaci, mengherdik serta mencari apa jua kesalahan kerajaan.
Seolah kita mencari satu kemenangan.
Yang kita lupa Islam juga mementingkan persaudaraan.
" Dakwah juga punya kesabaran. Yang dipupuk buat ketenangan. "
Tak salah untuk kita mengejar kesempurnaan.
Walau kita tahu niat itu tidak akan kesampaian.
Tapi jangan lupa kita punya kecelaan, kita juga punya kekhilafan.
Tak lupa setiap dari kita pasti punya kecacatan.
Jadi mengapa hidup hanya untuk penuh dengan cacian?
Seolah kita menggantikan tugas-tugas Tuhan. Atau kita cuba menjadi Tuhan?
Aku juga seorang hamba.
Yang masih mencari sinar yang khabarnya indah bercahaya.
Yang menerangi kegelapan yang nyata.
Yang datangnya daripada seorang manusia yang mulia.
Yang tidak henti berusaha.
Walau dikhabar gila.
Tapi,
hari ini Subuh hari berapa ramai yang membuka surat cinta-Nya?
Berapa ramai pula yang membuka Twitter.
Tiada halangan untuk bersosial.
Dan tidak perlu kepayahan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Apa salahnya untuk cuba buat kedua-duanya, bukan?
Kita sendiri yang tahu,
" jika ingin menjadi contoh, pastikan diri sendiri adalah contoh yang terbaik. "
Berdoalah.
Dia menunggu untuk dikabulkan.
Mintalah, Dia berharap untuk memberi.
Pohonlah, Dia bersedia untuk turunkan.
Dalam meniti setiap kesusahan,
akan diberikan suatu rasa kemanisan.
Allahhu Ya Rabbi,
jika suatu masa aku akan merasai peritnya mati, berikan aku kesabaran dalam mengharungi tiap kesakitan, beri aku kekuatan dari tersesat ke arah kejahilan, biar aku terus teguh diberi peringatan.
Biar aku menjadi seperti Bilal Ibn Rabah,
yang tiada rasa gerun kerana daripada mati yang sakit ini, biar aku hidup dengan kehidupan yang gembira tiada ingat lagi akan peritnya saat menghadapi mati.
Biar aku berjumpa dengan kekasihMu.
Muhammad Ya Rasulullah.
Jika tidak diperintah oleh kerajaan Islam,
bukan penghalang untuk kita hidup berteraskan syariat Islam.
Ada hamba Tuhan di segenap dunia,
yang masih mampu sujud dan meminta.
Sedang kita di sini hidup tenang dan selesa,
tapi jauh sekali dari suruhannya.
Ada masa minoriti membuat kita lebih kuat,
lebih sedar,
juga lebih istiqamah untuk mencarinya,
paling penting untuk mengenalinya.
Cinta kepada yang Kuasa bukan kerana rupa,
kerna kita belum pernah melihatnya.
Cinta kepadanya kerana kita percaya,
satu masa kita ingin menatapnya.
Yang kita tahu kecantikannya tiada bandingannya,
juga terbatas daripada pemikiran kita.
Saat itu baru kita kenal akan cinta sejati.
Kerna,
"cinta sejati adalah mati yang buat hidup untuk bercinta lagi. "
No comments:
Post a Comment