Mati itu sakit sekali,
dan kita sedia tahu suatu masa kita juga dibawa pergi.
Selagi hati tidak mati mengingati yang kekal hidup.
Setiap dari kita pasti melakukan kesilapan.
Sama ada sengaja untuk kita lakukan. Atau berlaku kerana sikap kecuaian.
Jatuh cinta juga salah.
Jika salah pada masa. Salah pada orangnya.
Suatu masa kita hanya mampu terluka.
Hati tidak mampu dipaksa.
Jatuh cinta juga tidak mampu dijangka.
Cuma tak bermakna tiada penyelesaiannya.
Ada masa kita harus membuka mata.
Bukan semua manusia kita mampu cinta.
Bukan semua insan diciptakan untuk kita.
Bukan semua mampu menjadi milik kita.
Kita hanyalah hamba.
Yang menagih cinta.
Yang sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa.
Selain berharap hanya kepada-Nya.
Pelik itu bila kita cinta tetapi kita sembunyikannya.
Romantis itu bila kita gembira bila dia turut gembira.
Walau dia bukanlah untuk kita.
Sedih bila kita ingin menjadi miliknya.
Tapi dia tetap menginginkan selain dari kita.
Ada masa dan ketika,
kita hanya mampu berharap dan terus memuja.
Walau di akhir kita tahu, kita hanya pulang sebatang kara.
Sampai suatu masa, hati keras perlu dilembutkan.
Bukan semua kemahuan bercambah menjadi kenyataan.
Tidakkah penat hati terus dipermainkan?
Yang sakit bukan saja diri kita.
Insan yang rapat dengan kita.
Yang mula mual dengan cerita kita.
Yang mula muak dengan kerenah kita.
Yang masih keras kepala.
Untuk terus cinta tetapi kembali luka.
Pernah dengar penari sepanjang hayat menari?
Pernah dengar pelari sepanjang hidup berlari?
Pernah dengar pelacur seumur nyawa hanya melacur?
Keletihan suatu bentuk kesungguhan.
Belajar untuk melepaskan.
Selama doa kepada Tuhan setia dalam genggaman.
No comments:
Post a Comment