>

Saturday, April 12

Naskah Kehidupan 4.



"Home sweet home."
Kata semua orang, tapi bagi aku kemanisan itu tidak pernah aku rasa.
Tidak pernah aku jumpa.

Bahagia,
hampir tak pernah cuba aku fahami.
Jarang sekali untuk aku miliki, walau sekali.

Pernah aku tertanya,
salahkah untuk aku melupa apa yang aku cinta?
Berdosakah aku meninggalkan pada yang telah melahirkan?
Sedang aku dalam kedukaan, sedang aku dalam igauan.
Aku juga punya perasaan.
Aku juga terdapat kelemahan.

Aku bukan hamba yang mengejar kesempurnaan,
tapi salahkan untuk aku meminta satu keadilan?

Tinggal di rumah yang bagaikan penjara.
Dikongkong dan dicerca.
Hanya kerana yang aku lakukan segalanya tak kena.

Di sini yang aku rasakan tiada yang manis untuk aku ingati,
di sini juga tempat segalanya terkubur abadi.
Segala memori.
Segala janji.
Segala ikatan yang dirasakan tak berguna lagi.

Pernah sekali aku cuba untuk lari, lari meninggalkan kepedihan ini.
Kelukaan ini.
Kesedihan ini.

Mana nikmat yang hampir semua agungkan?
Adakah aku yang ketinggalan?
Atau mungkin aku telah dilupakan?

Sesat.
Aku bingung mencari arah.
Lari dari masalah.
Dari terus menjadi pesalah.

Hari itu,
baru aku tahu apa yang aku cari hanyalah segala janji.
Bukan lagi ya Rabbi.

Di sini,
kita terlalu berpegang pada janji. Bahawa Tuhan sentiasa di sisi.
Sehingga kita tidak pernah mencari 'Dia' pemberi rezeki.
Yang kita tunggu hanyalah janji Ilahi.
Bila tak diberi.
Mulalah kita hilang keyakinan diri.
Buta hati.

Malu,saat ini aku benar-benar malu pada Tuhan.

Sedang aku diberikan kenikmatan tapi aku meminta untuk diberikan lagi.
Bila aku diberikan ujian, pandai pula aku mencari kiblat Ilahi.
Nikmat pula aku hidup mencaci.

Saat aku membenci.
Dia tetap makin menyayangi.

Ya Rabbi. .

"Aku membenci pada ibubapa yang suka membandingkan. Sedang ada anak-anak kecil yang merindukan untuk ibunya terus membuat perbandingan. Benar, memang rasa dipinggirkan, cuma percayalah hati yang punya kesabaran pasti diberikan kelebihan.

Sedang satu hari, satu anak kecil yang kehilangan ayah, ibu, abang juga kakaknya. Terus kuat dan bertahan. Masih mampu berkata, "mereka tidak mati, mereka pergi mengadu pada Tuhan. Berjumpa untuk meminta keadilan. Satu masa saya juga akan mengadu pada Tuhan. Agar dibalas hati yang suci dengan diberikan segala kebaikan."

Teruskan berlari
selagi punya kaki,
teruskan berdiri,
selagi punya energi.
Suatu masa segala yang dimiliki,
akan dibawa pergi.
Jangan pengakhiran ini baru mahu disesali.






No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved