Lidah mampu bicara,
selagi itu juga ia pandai untuk berdusta.
Berubah, masa tak pernah menjadi penghalang.
Cukup hanya ada kemahuan yang mendalam.
Ustaz pun kadang-kadang boleh kalah, dari segi ibadah.
Ustaz juga pernah buat salah.
Bukannya senantiasa sempurna iman di dalam dada.
Petang itu, aku terkejut sekali mendengar berita. Shafiq, yang dahulunya kaki perempuan. Semua perempuan dia 'rembat' untuk buat 'main' di atas ranjang. Berubah!
Allahhu Allah Sesungguhnya, qada dan qadar-Nya ada masa benar di luar dugaan.
Aku masih ingat hari itu, kelab malam menjadi tempat mencari 'umpan' dibuat menyelam. Menyelam dimamah nafsu. Tenggelam dalam kenikmatan buatan sendiri.
Tup, tup, tahu saja hari ni dah berubah. Siap berjubah.
Solat pun dah pandai berjemaah.
Hari itu, aku diberi kesempatan bertemu dengannya. Aku soal padanya, tentang perubahannya.
Menitis titisan air mata, merah matanya. Aku hanya mampu diam seketika. Hingga akhirnya bila dia mulai tenang, dia kembali mulakan bicara.
Katanya, "cinta itu ibadah tapi ingat kita juga bakal jenazah."
Sentap!
Bukannya apa, ada masa dan ketika. Manusia yang berubah, yang mencari hala tuju yang lebih baik dalam kehidupan. Mencari Tuhan. Bila dijumpai, ada masa penerimaannya lebih tinggi penghayatan. Dari kita yang menerima melalui keturunan.
Aku soal padanya, apa maksud di sebalik hikmah bicara itu.
Katanya, benar cinta itu indah. Lagi diindahkan dengan butir bicara, dengan dilimpahkan kemewahan. Penuh kasih sayang. Rasa dimiliki dan disayangi. Hilangnya rasa sunyi. Tiada lagi dunia yang sepi. Yang dahulu tinggal sendiri kini seperti punya keluarga sendiri.
Cuma, halalkah perhubungan yang dilalui hari ini?
Benar, nikmat dunia ini. Kita cuba untuk miliki dengan cara kita sendiri.
"Hati juga punya batasan untuk terus mencintai."
Jika kasih itu mengingatkan kita kepada mati.
Maka setialah.
Jika cinta itu membawa kita kepada Ilahi.
Maka berpegang teguhlah.
Jika sayang itu membuatkan kita menjadi diri sendiri.
Maka cintailah sepenuh hati.
Kasih tak selalunya indah yang selalu kita inginkan.
Akan ada satu ketentuan untuk kita terus diberikan ujian.
Ujian diberikan sebuah kenikmatan.
Hari itu, aku mencintai dek termakan ajakan nafsu.
Buat hidup bertambah keliru. Diri aku hilanglah mutu.
Tiada punya ketenangan hanya mahu puaskan nafsu.
Aku terus untuk mencintai, cuba untuk memiliki.
Aku puaskan kemahuan diri.
Tapi yang aku hilang ketenangan diri.
"Aku hidup seperti mati."
Dengan cintanya aku hidup.
Biar dengan cintanya juga aku mati.
Kerna, apa jua aku tetap kekal miliknya.
Aku hanyalah sebatang kara tanpa punya apa-apa.
Hanya diberi peluang singgah ke dunia.
Sebelum kekal selamanya.
Yang aku tak mahu, sesal aku di sana.
Yang aku celik tapi pura-pura buta.
Cinta,
pahit manisnya sentiasa ada.
Bila yang dicintai itu hanyalah manusia.
Sedang yang setia menunggu itulah pemilik cinta.
Yang mencipta kita.
Allah Azza Wa Jalla.
Jika cinta itu wujud,
mengapa aku merasakan seolah aku tidak lagi hidup.
Lalu aku menyoal,
apa yang lagi aku cinta,
cantik akidahnya,
atau
baik keturunannya?
..........................
No comments:
Post a Comment