Sikit lagi aku bisa karam.
" Geraklah hati untuk tertarik pada Ilahi,
bukan mudah tergoda pada mainan puisi.
Yang angan-angannya lebih dari realiti. "
Itu sudah cukup bagi memberikan kejutan terhadapku. Usang di luarnya, tidak semestinya tiada langsung kemeriahan di dalamnya. Jangan mudah berprasangka, bimbang ada masa kita tersilap jangka.
Hari itu, ternyata aku telah silap dalam menduga.
Rupanya aku yang lebih dahulu diberikan ujian yang penuh bebannya.
Riang, kegembiraan jelas memenuhi segenap penjuru rumah itu. Lewat petang, aku mampu melihat anak-anak mereka yang pada aku sudah berada di sekolah rendah pulang dengan riak yang gembira di wajah mereka. Sekali lagi, jiwa aku terusik dengan jayanya. Seakan hampir menitiskan air mata, tapi jujur aku masih kuat menahannya.
Aku melihat, mereka menyusun sepatu sebelum melangkah masuk ke rumah. Sebelah diletakkan abangnya, sebelah lagi diletakkan pula adiknya. Sekali lagi, hati aku diduga. Tuhan, kuasa-Mu sungguh berada di luar jangkaan. Saat itu, tiada lagi aku mampu menahan titisan air mata.
Lalu, hari itu aku kira keputusan aku untuk lama menumpang di situ. Cukup dengan situasi yang aku alami. Yang tiada lagi buat aku buntu, tak akan ada lagi punya masa untuk terus ada rasa ragu.
Yang aku tahu, waktu ini satu rasa yang wujud di dalam diri aku hanyalah rasa cemburu.
Usang,
yang aku lihat hari itu hanyalah tempat tinggal mereka,
bukan hati mereka,
bukan kasih sayang mereka,
bukan jua perhubungan kekeluargaan mereka.
Kuasa Tuhan tiada bandingannya.
Yang namanya cinta itu ada kala tidak perlu sempurna,
walau tafsiran sempurna itu sama sekali berbeza pada mata manusia.
Yang cinta kerana rupa, yang cinta kerana harta, yang cinta atas alasan agama.
Alasan atau pandangan setiap dari kita pasti punya pendiriannya.
Walau kita sedar akan sepenuhnya,
rancangan kita tetap aturan-Nya.
Yang buihkan mulut dengan romantisnya ayat-ayat cinta,
yang selitkan janji dengan kiasan emas dan permata,
tak kurang yang siap membina bukti simboliknya perasaan mereka.
Dalam susun atur puisinya,
dengan binaan arca di pelosok kota,
masing-masing punya caranya.
Sedang ada manusia,
yang tidak punya apa-apa,
cukup istikharah pada yang Kuasa,
akan usaha yang tiada langsung putus asa,
yang tidak perlu hebahkan pada manusia,
untuk mencari nama,
untuk menjaja cinta,
kasih dan sayang itu tidak perlu dididik kepada manusia.
Tiba masanya,
jika itu jodohnya,
walau jauh jaraknya,
walau lain bayangannya,
walau tak punya apa-apa.
Jika itu kehendaknya,
air yang keruh akan jernih jua,
cinta yang teguh terbina selamanya.
" Kita diuji akan apa yang kita punya.
Mungkin akan hadir suatu masa kita cemburu pada manusia yang hanya miliki sesuatu secukupnya. "
Dan manusia itu lebih bahagia.
Sebab hati tak pernah usang.
No comments:
Post a Comment