Sahabat juga melengkapi,
bukan sekadar cinta sejati.
Bukankah sebelum bercinta itulah permulaannya?
SSK,
yang bakal aku tulis ini bukanlah perihal diri aku.
Benar, SSK boleh disimpulkan sebagai nama aku sendiri, Syakir Salman Khan. Tapi, seperti aku beritahu di awal permulaan ini bukanlah kisah aku, cuma ianya sedikit sebanyak berkait dengan kehidupan aku.
Benar, SSK boleh disimpulkan sebagai nama aku sendiri, Syakir Salman Khan. Tapi, seperti aku beritahu di awal permulaan ini bukanlah kisah aku, cuma ianya sedikit sebanyak berkait dengan kehidupan aku.
Aku menulis kerana aku mahu.
Mahu memberitahu, aku sentiasa ada untuk diri mereka.
Walau aku jauh meninggalkan mereka.
Kerna kasih dan sayang itu semua lama sudah tertanam di dalam jiwa.
Mungkin aku tidak banyak meluahkan buih bicara,
tentang betapa pentingnya mereka,
betapa gembira tatkala aku bersama mereka,
ada tika kalimah sayang tidak mampu untuk aku melafazkannya.
Namun, jauh di sudut hati, berat sekali bagi meninggalkan mereka.
Saat berjumpa mereka, aku tidak banyak bicara.
Benar, aku adalah seorang lelaki yang sememangnya banyak meluangkan masa bersama keluarga.
Aku jarang dibenarkan untuk melepak dengan teman mesra apa lagi keluar dengan jiran tetangga.
Walau memperoleh keputusan yang cemerlang aku tidak dihantar ke sekolah asrama. Aku dihantar ke sekolah yang punya bangsa, agama dan pemahaman yang berbeza.
Langsung tidak pernah aku merasa kurang, apa lagi langsung tidak pernah aku berduka.
Langsung tidak pernah aku merasa kurang, apa lagi langsung tidak pernah aku berduka.
Soal agama segalanya dilengkapkan oleh mama dan papa.
Aku tidak meminta lebih, walau aku tahu jauh sekali urusan agama yang aku punya.
Bergaul tanpa kenal siapa ajnabi lemah gemalai gerak badan bertegur sapa.
Namun, tanpa berputus asa aku diajar soal perintah yang Maha Kuasa.
Adakah tersadai ibadah seorang hamba hanya kerana dia baru merangkak mempelajari agama?
Kejamnya dunia bila ramai yang menghukum daripada memberi tarbiyah tanpa putus asa.
Yang tidak dipandang jijik di mata manusia.
Kosong hati bila masih mencari cerminan hak dan batil.
Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu,
aku dihantar ke institusi yang tiada pernah aku mahu.
Yang aku bayang pemikirannya hanyalah memandang aku sebagai sisa yang tak laku.
Silap,
jangan pernah membuat andaian sendiri yang tidak pernah engkau sendiri tempuhi.
Di kotak yang sepi,
saat tangisan untuk aku kembali pada keluarga yang disayangi,
ada teman yang langsung tiada rasa dengki dan benci,
ada teman yang ingin berseloka biar engkau tak sendiri.
Takjubnya dunia,
bila cinta yang kau cari, tapi tidak pernah kau temui,
kerna cinta itu sentiasa di sisi,
cinta tertanam di dalam hati,
di kotak yang suci,
cinta itu hadirnya dalam berbagai segi,
cinta pada Ilahi, cinta teman sejati,
tak kurang cinta dibuat suami isteri.
Aku mahu menulis lebih panjang,
sayangnya aku bimbang pena ini tidak lagi mampu untuk aku meluahkan.
Ada masa apa yang ingin engkau luahkan perlu disimpan,
benar suatu masa kau mungkin merasakan kekecewaan.
Cuma, ada kala daripada kekecewaan tercetusnya satu kematangan.
Teman,
benar suatu masa aku bakal pergi,
benar aku ingin menamatkan pelajaran dengan cepat sekali,
bukan bermakna aku membenci,
bukan bermakna aku tidak mahu menemani,
cuma ada impian yang cukup untuk aku simpan sendiri,
Perginya aku tidak bermakna ukhuwah terhenti,
perginya aku tidak bermakna tiada doa dikirimkan lagi,
perginya aku tidak bermakna tidak mampu berhubung lagi.
Jika tidak di sini,
biar kita sama-sama berusaha,
mendaki kepayahan di sana,
biar bersama-sama selamanya.
Dalam Syurga penuh suka, tanpa adanya duka.
Masalahnya,
ramai dari kita mencari pemilik hati,
hingga tergadai keluarga yang disayangi,
mencari penghuni hati,
hingga terlupa teman baik di sisi,
mencari penguasa hati,
hingga terbeban perintah Ilahi.
Hati manusia,
memang begitu,
sentiasa berbolak bahagi,
dah punya terasa masih kurang,
lain miliki punya pula rasa dengki.
Sebab dari mula,
bukan Ilahi tunjang yang dipegang,
tapi barang yang bakal kau sayang.
Mula punya rasa curang,
mula ada rasa kurang.
Mulalah nak menyerang,
seolah hanya engkau seorang pejuang.
Bila dicampak dalam perang,
pandai pula parang orang lain yang pegang.
Ibarat mencari pelangi,
taat tamatnya gerimis,
hati masih menangis,
tapi dalam hati tiada lagi rasanya benci.
Ianya pergi bersama hujan menitis,
hanya harapan sama matahari yang menerangi.
Suatu manusia tanah juga menyembah bumi.
No comments:
Post a Comment