>

Sunday, March 16

Roda Tua.

Hujan yang lebat di luar sana,
hati yang pasrah,
luka yang berdarah.

Perasaan, cepat sekali ianya berubah.

Dulu,
hari-hari aku, tiada jemu menunggu pulangnya basikal tua.
Bersama penunggangnya, yang keletihan. Peluh membasahi dahi dan pipinya.
Tapi, masih kuat ukirkan senyuman, buat aku tiada penat menunggunya.

Tanpa jemu, hari-hari aku menunggunya.
Mendengar celotehannya, ceritanya.
Hari-harinya aku adalah pendengar yang setia.

Ibarat mendengar penyampai di radio.
Yang buat hingga hari ini, suaranya adalah lagu yang paling indah untuk aku dengarkan.
Lagu yang membuatkan jiwa yang gelisah berubah ke arah ketenangan.

Masa, cepat sekali ianya berlalu.

Dugaan ini begitu kuat.
Atau aku yang semakin lemah?
Yang reput dek lanjutnya usia.
Yang kedut buat wajah bertambah tua.

Kata orang, wanita bukan seperti lelaki.

Makin berusia, kurang lakunya.
Benar atau tidak, terpulang pada yang menilainya.
Bukan semua sama dalam memberi tafsiran.

Ada masa, kebahagiaan yang dikecapi hanya layak tinggal kenangan,
bukan lagi berterusan di masa hadapan.

Cuma, hari itu saat aku sedang bersendirian.
Aku lupa, aku tidak jua keseorangan.

Aku ada Dia.

Ada permata bagaikan kaca,
bernilai tapi tidak dijaga,
pecah dirinya bisa terluka.

Ibarat hati dan perasaan,
satu masa ianya permata yang kita jaga,
satu masa kita pecahkan kaca itu dibiarkan saja.

Cuma,
hari itu suasananya berbeza,
yang terluka hari itu bukan kau,
tapi kaca yang pecah itu,
kerna dia sangka dirinya sentiasa permata.

Sedang dari mula,
di mata kau dia hanyalah kaca.

Yang tunggu masa untuk dipecahkan saja.




" Ada permata yang kita inginkan dia kekal begitu sahaja. 
Tidak perlu membesar. Tidak perlu tinggi nilainya.
Yang bisa kau cubit. Bisa kau cium. Bisa kau peluk.
Seakan-akan bantal yang selalu di pangkuan sewaktu tidur.
Yang merawat kedukaan. Yang menyembuhkan segala kesakitan. "

Kanak-kanak yang penuh keriangan.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved