>

Friday, February 7

Tentang seorang wanita 6.

" Women are sensitive, they overthink every little thing. Think before you say or do anything that may hurt her feelings. "

nzakrh:

Oh Allah, (help me) make today better than yesterday, and tomorrow better than today.

" Jangan pernah cuba berhenti daripada berubah,
walau akhirnya kita punya rasa lelah.
Di akhirnya bukan soal penat dan lelah,
tapi berapa langkah dicuba untuk kita terus berubah "

Ini contengan yang aku baca di suatu tempat,

"murahnya harga seorang perempuan, dibeli dengan nafsu, dijual balik dengan harapan palsu."

Ini 'mesej' yang aku dapat daripada seorang kawan. Yang aku anggap dialah kawan rapat.
Yang aku anggap rahsia yang aku cerita tidak diberitahu sesiapa.
Tapi aku silap dalam memberi kepercayaan.

' Apa bezanya seorang perempuan yang telah musnah kerana seorang lelaki.
Tiada sudah maruah diri, tidak layak lagi dibuat isteri. '

Benar,
aku pernah silap pada hari-hari yang aku tempuhi di usia yang lalu. Habis saat remaja aku pada sesuatu yang tidak berguna bagi diriku. Sesal aku mungkin tidak lagi laku.
Tapi, aku pernah juga bertanya,
tiadakah lagi keampunan buat seorang wanita seperti aku?

Yang tiada lagi maruah,
akibat diratah.
Yang telah ditinggalkan,
bila tidak lagi diperlukan.

Ke sana ke mari,
aku menjaja mencari lelaki,
mencari lelaki dibuat suami.
Perit yang aku alami,
atas silap yang aku insafi.
Tidak diterima manusia di bumi,
lagak semua seolah ahli Sufi.

Bila gembira semuanya mendekati,
bila sengsara satu-satu hilangkan diri.

Aku nekad,
hari ini biar sengsara ini aku yang tamatkan sendiri.
Biar aku sakit di sini.
Yang aku tahu sakitnya juga di sana nanti.

Tapi, hanya itu yang aku mampu fikirkan buat masa ini.
Kadar ini.
Lebih cepat, mungkin lebih baik buat diri.

Sedih kerana menyerah.
Tapi, aku menerima kerana tiada lagi nampak arah.

Hingga belum sempat aku menamatkan sesalan ini.

Aku bertemu seorang pemuda,
yang seolah memberikan aku kesedaran di dalam jiwa.
Yang membuat aku membuka mata,
yang aku kira bakal terpejam buat seketika.

Sebelum dibangkitkan dari tidur yang terseksa.

Kita bukan lagi kanak-kanak yang berani,
yang pernah kita lalui dulu pada suatu masa.

Takut untuk mencuba,
 dek bimbang terluka.

Bimbang parutnya jelas kepada manusia,
risau timbulnya jerawat di muka,
takut susuk tubuh tidak manis meningkat usia,
juga celaru jika kedut menampakkan diri semakin tua.

Masalah pada setiap manusia.

Yang terluka akan terus terluka,
bila sikap dungunya menguasai warasnya.

Pemain akan terus leka bermain,
bila senang dijerat dengan bisanya lenggok gaya bahasa penari Zapin.

Yang buat aku tersedar.
Bila katanya,

" masalahnya bila kita hidup dalam persepsi lebih daripada percaya pada doa seorang lelaki yang sentiasa doakan kita di sini. Yang tinggalkan pedoman biar tak sesat di sini.

dan

kita hanya nampak pada apa yang mereka kata. Seolah-olah apa saja yang dilihat oleh mata mereka benar semuanya. Hingga titik hitam yang kotor dalam diri mereka, senang-senang untuk kita buat-buat buta. "

Sambil meraba-raba mencari tongkatnya,
dia meninggalkan aku yang terkesan di dalam jiwa.

Masih ada manusia yang jelas mata hatinya.


Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned


But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die


You've gotta get up and try, 
and try, 

and try


elixun:

♬ by himarin* on Flickr.

Bermainlah dengan seni,
daripada mempermainkan hati.

Sekurangnya buruknya seni,
masih ada yang ingin memiliki.

Kerna dia memahami,
atas persepsinya sendiri.

Cantiknya seni,
kreatifnya memadai.

Banyak seni yang mencuci hati.



Sekali lagi,
ditulis oleh Syakir Salman.






No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved