Aku melalui satu jalan yang sunyi sebelum menemui destinasiku. Sedang leka, aku terpandang pada satu tubuh, yang berusaha melukakan dirinya. Dengan air mata peneman wajahnya. Aku kira, ini kali terakhir aku melihat dirinya walau aku langsung tiada mengenalinya.
Aku meneruskan langkah, dalam khayalan aku. Lantas, aku terpandang pada satu raut wajah yang aku kira belum pernah aku melihatnya. Dengan hanya compang-camping yang membaluti dirinya. Aku lihat, senyuman tidak lekang daripada bahasa mukanya.
Tanpa pernah mendengar suara.
tanpa pernah mengenali dirinya.
Aku kira, jatuh cinta itu tak pernah ambil kira soal masa.
Aku cuba untuk mendekati dirinya. Menukar haluan aku, mungkin jua destinasiku. Sessaknya ruang-ruang yang tertutup di jalan. Menutupi peluang yang aku kira terbuka luas buat diriku.
Hampa dan kecewa yang telah aku rasa. Walau aku tiada mengenalinya.
Tapi, hati ini seolah-olah pernah memilikinya.
Hari itu. Aku menulis.
Kerna hanya itu yang aku tahu, yang aku mampu.
Ada tika, kias itu memadai.
Aku tidak menulis,
pada yang bodoh melukakan diri, kerana usaha cintanya ditolak.
Aku tidak menulis,
pada jiwa yang rakus hanya pada jelitawan, yang rasakan dirinya hartawan juga rupawan,
seolah dirinya 'Tuhan' mampu memiliki semua perawan.
Aku tidak menulis,
pada seorang sufi, yang hanya mengatakan cinta itu bila tiba masanya. Bila laki-laki dan wanita itu sah dek ikatan terlerainya perhubungan yang bahagia.
Aku menulis kerana aku barangkali telah gila.
Pada bidadari yang aku lihat telah jatuh dari kamar Syurga.
Yang luka di badannya, yang merah dengan darah-darah yang membaluti dirinya.
Aku menulis pada bidadari yang telah melumurkan dosa untuk nekad turun dari Syurga.
Tanpa kira alasannya, tanpa kira keadaannya.
Yang aku lihat ada manis di wajahnya.
Kamu fikir aku ini golongan bangsawan yang punya harta.
Yang tampan menulis puisi cinta yang tiada tolak bandingnya sebuah harga.
Yang pelik menzahirkan cinta dengan sebuah drama yang tiada pelayarnya.
Kamu mungkin silap.
Aku hanya arjuna yang hatinya takkan sekali pernah kamu jangka.
Soal hatinya.
Bisa cinta.
Bisa jaga.
Bisa tidur buat selamanya.
Buat seorang puteri.
Tahukah engkau,
bulan itu adalah aku,
yang sendiri,
yang selalu merindukanmu,
yang sangat menginginkanmu.
Bintang-bintang,
itu adalah harapan,
itu juga doaku buat dirimu,
agar engkau tahu aku ada buat dirimu,
sentiasa lahir untuk memilikimu.
Bila siang,
tahukah engkau aku adalah mentari,
yang memanaskan dirimu daripada kesejukan malam,
yang memenuhi segenap ruang,
untuk kamu,
buat kamu.
Awan yang selalu berarak,
itu perasaan aku yang lama tersembunyi,
berarak mengikutimu,
mendekati jejakmu,
agar kau lebih memahami,
mencintai kamu adalah yang selalu diinginkan hati.
Hati ini sentiasa bertolak bahagi,
bisa dilukai,
bisa juga disayangi,
yang sakitnya hati,
atas cemburu wanita kepada lelaki,
yang girangnya hati,
lelaki diizinkan berpoligami.
" Bila satu hati disayangi, ada hati lain yang mampu dilukai. "
Hati itu satu,
tapi pengalamannya mampu beribu,
mampu ribut buat dirimu,
nipis sekali ibarat tisu,
bisa diisi dengan rindu,
bisa punya saatnya dungu.
Dungu memikirkan dirimu,
yang bukan lagi buat diriku.
Soal jodoh hanya pada usaha,
serahkan pada doa.
' Bukankah doa itu surat buat yang kuasa? '
Buat seorang puteri,
yang dahulu asalnya seorang bidadari,
yang benar aku sayangi,
satu masa akan ku miliki,
bila aku tak pergi lagi.
Saat ini,
ketika ini,
biarkan hati ini sendiri
tetap teguh, setia pada Ilahi.
' Biar hati ini terus suci. '
Untuk menyanyi,
aku tak punya suara,
untuk melukis,
aku tidak pula miliki idea,
untuk menari,
aku bimbang silap langkahnya,
untuk merawat,
aku risau hanya engkau penawarnya.
" Biar aku lemas dalam cinta, rimas dengan alasan yang sama. "
Asal dirimu tahu,
perasaan ini bukan jenaka,
diri ini bukan boneka.
Kalau melukakan itu fikirmu,
tiada layak buat kau jadi pemiliknya.
Yang selalu rindu itu adalah aku.
Yang mahu itu adalah aku.
Aku hanya mahu engkau tahu.
Aku tulis buat dirimu.
Bahasa cinta buat bidadari yang jatuh daripada Syurga.
Pasti ada manusia yang hairan,
tentang diriku,
soal hati aku,
bagaimana bisa cinta pada manusia yang tidak pernah jumpa,
tidak pernah kenal akan dirinya,
soal aku padanya,
kalau cinta itu rahsia,
bukankah ianya lebih bahagia,
sekurangnya mana-mana hati tak terluka buat seketika.
" Ada masa dan ketika, dalam mencintai menulis itu seakan sudah meluahkan. "
Pasti ada manusia yang hairan,
tentang diriku,
soal hati aku,
bagaimana bisa cinta pada manusia yang tidak pernah jumpa,
tidak pernah kenal akan dirinya,
soal aku padanya,
kalau cinta itu rahsia,
bukankah ianya lebih bahagia,
sekurangnya mana-mana hati tak terluka buat seketika.
" Ada masa dan ketika, dalam mencintai menulis itu seakan sudah meluahkan. "
Sekali lagi ditulis oleh:
' Syakir Salman '
No comments:
Post a Comment