>

Tuesday, February 4

Bersama 'Pelajar Jurusan Cinta' 2


"Yi Ran Ai Ni- Still in love with you"

" Kata mereka, sayang buat selamanya. Biarpun bertemu di sana masih juga kekal bersama. Itu luahan hati mereka. Janji yang sama-sama cuba untuk tunaikan sedaya mereka."

Janji, bukan semua mampu ditepati. Ada janji yang tinggal sekadar janji. Ada janji yang mampu dipegang sampai yang hidup telah pun pergi. Ada jua janji yang diberi tapi langsung tidak tertunai. Buat manusia sakit hati, tak kurang jua buat ramai yang patah hati.

Adat manusia yang serba kekurangan.
Cuma, jangan kerana kekurangan senang sekali dijadikan alasan.
Setiap alasan juga punya batasan.

" Sayang benar Lan kepada Sha. Katanya, Sha lah segalanya. Bulan di waktu sunyinya, matahari tatkala bahagianya. Orang bercinta, ada saja madahnya. "

Aku cuba soal pada pihak yang lain.
Jawapan yang aku kira buat aku tunjukkan lagak,
'tangan ke bahu, mata ke atas'.

" Lan, lain benar dia berbanding dengan lelaki yang lain. Dengan santunnya, ramahnya. Siapa tak tertawan "

Klise.

Bahagia benar mereka.
Dalam khayalan yang sama-sama mereka bina.

Orang tua pernah berkata,
" buat baik berpada-pada, buat jahat jangan pernah sekali mencuba. "

Tak semua yang manisnya di depan mata,
manisnya melekat sampai ke jiwa.

Akan ada rasa pekatnya.

Hati sama-sama merah pekat.
Sama-sama punya kata sepakat.

Cinta yang dahulu buat mereka terluka, buat mereka punya dendam di dalam jiwa.
Tak punya lagi rasa percaya. Walau dalam hati ada rasa suka.
Rasa cinta.

Perangai manusia,
payah benar untuk diduga.
Ada perlakuan payah untuk dijangka.

Tikam, sama-sama cuba untuk menikam.
Tanpa bimbang dirinya mampu terluka.
Dek rancangan dendam di dalam jiwa gelora membara.

Biar kesudahan cerita ini kita yang reka.
Sesuai dengan kesukaan kita.

Sekurangnya tiada sesal di jiwa.

'Jangan anggap kita raja di kayangan. 
Yang senang-senang dapat apa yang kita mahukan. Yang suka-suka tinggalkan bila timbul rasa kebencian.
Perasaan bukannya mainan.
Jangan kerana tamaknya kita buat kita terhegeh-hegeh berkejaran.
Takut suatu masa diberi petunjuk oleh Tuhan,
yang elok kita jaga pergi meninggalkan,
yang sedang kita kandung pula berguguran.'

p/s:

2014.
Satu tahun yang baik mungkin.

25.
Untuk menemui hari graduasi.
Semoga keletihan dibalas dengan kejayaan.

Bakal terlibat dalam satu teater,
penulis skrip serta pengarah bersama.

March.
Family trip to Indonesia.

June.
Trip to Pulau Redang.

Mohon MARA,
terima untuk melanjutkan master di luar negara.
Australia dan New Zealand menjadi pilihan.

Terima kasih papa mama.
Atas sokongan sentiasa.
Kerna usaha menghantar sekolah Cina.
Sekurangnya, mampu sedikit memahami bait-bait bahasa Cina.

LeeHom Wang sentiasa menjadi kegemaran.

Kita bebas membuat pilihan.
Kerana hanya dia yang menentukan.



" Bicaralah melalui hati,
kerana walau bagaimana sekali emosi yang kita alami,
hanya hati mampu sampaikan yang paling ikhlas sekali. "




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved