Semaikan rasa cinta sesama manusia,
dari Dia kita datang pada Dia kita kembali jua.
Semalam, aku baru pulang dari sebuah pulau. Pulau Aman diberi nama. Ketenangan yang jelas terasa sewaktu berada di sana. Jauh terletaknya. Sakit badan dibuatnya. Keletihan jelas sekali terasa. Tetapi, terus terang untuk aku cerita. Kenangan yang tercipta begitu bernilai harganya.
Hidup jauh di sana. Terasing daripada manusia. Dengan sikit sekali jumlah mereka.
Jelas sekali mereka hidup dalam sisi yang berbeza.
Terasing tidak mematahkan semangat mereka. Juga tidak langsung merasakan mengenai kekosongan telahan jiwa. Fatal manusia, alah bisa tegal biasa.
Singkat sekali waktu di sana.
Tiba juga satu garis masa, di mana selamat tinggal perlu diutuskan bicara.
Buat aku terfikir sejenak, suatu masa itu mungkin tempat aku.
Tempat mengabdikan diri.
Tinggal terasing, seorang diri.
Aku adalah aku.
Yang jatuh sakitnya, jelas hanya aku.
Bila sakit,
baru aku mengingati makanan ruji aku.
Al-Quran.
Yang mungkin lama aku abaikan.
Mungkin lama aku tinggalkan.
" Hari itu, aku melihat seorang si buta. Teraba-raba dalam kegelapan. Aku cuba ke depan untuk memberikan pertolongan. Belum sempat aku menghulurkan pertolongan, aku lihat dia seakan menemui ketenangan. Aku berhenti sejenak, melihat dia mengukir senyuman. Hairan, itu yang aku fikirkan. Terkial-kial aku mencari jawapan. Bagaimana si buta yang sedang dalam kesusahan, sekelip mata senang sekali menemui ketenangan. Aku bergerak ke arahnya untuk menemui jawapan. "
" Bagaimana dalam sekelip mata kesusahan boleh berubah menjadi ketenangan? " , soal aku kepada si buta.
" Sebab kita tidak pernah ada rasa cinta. Cinta pada apa yang kita tidak suka, apa yang kita kerja. Bila tiada rasa cinta, takkan pernah ada rasa percaya. Kerna, bagaimana untuk terus berada dalam kotak cinta bila langsung tiada rasa percaya. ", itu jawapannya.
Aku seolah masih lagi berada dalam tanda tanya. Ingin tahu apa yang dimaksudkannya.
Pantas, dia mula menjawab, seolah-olah mengerti bahawa aku masih tidak mampu memahami apa yang telah dituturi. Katanya, " pada mula aku berada di dalam kegelisahan kerana aku terburu-buru dalam menyelesaikan kerja aku. Namun, bila aku mula ingat kembali pesan ini, aku mula tersenyum. Manusia juga mudah lupa, emosi itu akan sentiasa ada."
Aku tersenyum.
Yang kita cari bukanlah persiapan untuk hari tua,
tapi di sana.
Yang bangkitnya tiada lagi rasa sakit di jiwa,
dengki kepada manusia,
sedih dan sakitkan mata.
Tapi,
ketenangan yang selamanya.
Naskah kehidupan,
bukanlah suatu pencarian.
Tetapi hikmah penghayatan.
Bacalah,
sebelum roh meninggalkan badan.
Sebelum timbul rasa penyesalan,
yang ditemui hanyalah pengakhiran.
Saat yang lain temui permulaan yang membahagiakan.
:)
Yang kita ingin adalah bahagianya Adam dan Hawa,
yang kita rindu adalah kasihnya Rasulullah pada umatnya,
yang kita takut 'alim yang derhaka' dijanji neraka.
No comments:
Post a Comment