Paling menyedihkan,
bila hati kita mampu luka dan menangis kerana mainan perasaan wanita atau lelaki,
tapi berapa kalikah kita menangis kerana dosa melanggar perintah Ilahi?
Semalam, sedang aku lepak dan minum-minum dengan seorang rakan.
Bicara kami tidak mampu lari untuk berbicara tentang wanita.
Dengan usia aku
yang bakal menginjak pada usia 22.
Aku percaya setiap lelaki atau wanita pasti mempunyai wanita
pilihan masing-masing. Yang menarik perhatian, yang mungkin mampu membut hati
yang luka kembali pulih. Aku juga tidak menolak mengenai pilihan hati untuk
bakal gadis untuk disunting.
Aku adalah seorang lelaki yang sememangnya rapat dengan
keluarga. Maka, aku mudah tertarik pada wanita yang mampu melayan orang tua
mahupun kanak-kanak di usia yang masih muda. Bagi aku, peribadi yang baik
kepada keluarga kita itu lebih penting daripada mampu melayan makan minum kita.
Itu juga perlu, namun seandainya mereka mampu mengambil hati keluarga
sejujurnya dia sudah mampu memikat hati aku jua. Alhamdulillah, ramai yang
memberi ucapan hari lahir pada mama baru-baru ini.
Aku senantiasa percaya perempuan yang baik adalah wanita
yang senatiasa menuturkan ucapan yang baik. Tidak bercakap lucah mahupun
lebih-lebih mencarut. Aku tidak menolak, ini adalah tabiat yang mungkin sukar
ditolak atau dikikis. Tetapi, tidak bermakna tidak ada peluang untuk
mengubahnya. Setiap orang aku percaya sentiasa ada peluang untuk berubah. Cuma,
pernahkah ada kehendak untuk berubah ke arah itu. Bagi aku, mereka yang
menuturkan perkataan yang baik secara literalnya mempunyai perilaku yang baik.
Benar, mungkin ada orang hanya berkelakuan sebegitu untuk nampak baik, kerna itu aku
yakin apabila perkara baik itu menjadi biasa maka dia akan mula menuturkan
perkara yang baik sebagai suatu tabiat.
Biarlah dia kaya dengan agama. Bukan bermakna seorang lelaki
yang kurang agama tidak mampu membimbingnya tetapi sekurang-kurangnya ianya
mampu melengkapi dalam melayari bahtera bersama.
Bukankah tujuan perkahwinan
itu adalah untuk melengkapi sebuah kekurangan lagi menguatkan kelebihan?
Perempuan yang memikirkan mengenai masa depan lebih menarik
berbanding dengan wanita yang hanya tahu meroyan mengenai masa lampau.
Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi baju,
barang lepas usah dikenang, biar dia dengan yang baru.
Setiap dari kita sudah ditentukan dengan pasangan masing-masing. Perasaan itu adalah sesuatu di luar jangkaan. Kerna itu misteri adalah sesuatu yang terbaik. Yang perlu diteroka dalam setiap detik kehidupan kita.
Ciptalah kenangan dengan siapa pun kita bersama. Benar, mungkin hati kita akan terluka.
Mungkin juga kita di ambang bahagia.
Paling menyedihkan bila kita tidak henti-henti menyalahkan seseorang yang telah membuatkan diri kita terluka. Walhal, dahulu diri kita pernah ceria, bahagia bila bersama dengan dia. Itu mungkin kesilapan dia.
Tapi, adakah itu juga kesilapan aturan Tuhan juga dalam memberi pasangan yang lebih serasi untuk kita?
Hentilah menyeksa diri kita daripada terus menuding jari mempersalahkan orang lain sedangkan bukankah kita juga salah dan silap dalam memilih dia untuk masuk dalam kehidupan kita?
Setiap dari kita mempunyai pilihan tersendiri,
sama ada yang mahir bernyanyi,
pandai menari,
tapi, ada masa apa yang kita ingini,
bukan yang terbaik untuk kita miliki.
Kita tidak lahir untuk memiliki,
kita wujud untuk memenuhi.
Hanya dengan memenuhi kita mampu untuk melengkapi.
I'm Syakir Salman.
This is my love line.
No comments:
Post a Comment