>

Friday, January 10

Tuanya Cinta.

Dan ini yang aku simpan. Yang lama aku pendam. Yang buat hati aku tidak pernah tenang. Yang buat aku terus menerus cmenuba. Dan terus cuba mengagahkan diri menerima hakikat. Pahit, harus ditelan. Walau ianya tidak lagi menyembuhkan kesakitan.

Manis, itu yang akan terus dikenang. Walau akhirnya wajah masam bagaikan cuka. Walau akhirnya, segala ketentuan ini harus kau terima.

Bahawa,
ada kala, sesuatu yang kau miliki tidak selamanya kau bawa sampai ke mati. Kita berjanji untuk sehidup dan semati. Kita berjanji untuk setia sebagai pasangan suami dan isteri. Kita juga berjanji bahawa cinta ini disucikan lagi dengan hadirnya restu Ilahi.

Tapi, adakah janji itu akan terus kekal sebagai janji? Bila diri tidak cantik, kuat dan menarik lagi. Paling penting, adakah janji itu ditepati bila pujaan hati tidak bukan lagi tempat untuk berlabuhnya mimpi?

Ini buat seseorang,
yang saat mata aku melirik memandang yang lain, dia menjuihkan bibir,
menampakkan reaksi marah. Tapi, dia tetap terus setia.
Yang saat aku kata aku semakin kurang harta, tapi sebenarnya itu aku bohong sahaja.
Bila tahu akan benarnya. Tapi, dia tetap terus setia.
Yang saat dirinya tua dan lemah tak bermaya. Aku masih lagi seperti seorang remaja.
Yang tidak dimamah usia, yang masih punya bakit cinta. Tapi, bukan lagi pada dia.
Tapi, dia tetap terus setia.
Yang saat aku marah dengan sepenuhnya. Marah membabi buta.
Kononnya, aku tidak lagi bahagia. Lepaskan aku saja.
Tapi, dia tetap terus setia.
Yang saat aku tenggelam dalam lemasnya cinta. Saat aku merana dan meronta-ronta.
Tapi, dia tetap terus setia.
Juga, saat aku tinggalkan dia. Walau bagiku hanya seketika.
Tapi, lamanya pada dia. Dia tetap terus setia.

Saat aku gagal dalam bercinta.
Mula papa kedana. Mula memahami bahawa tuanya cinta pada aku.
Saat itu baru aku sedar, dia yang setia.
Tiada lagi di depan mata. Menyesal tak ke mana walau mengalir air mata.

Aku masih ingat hari itu,
saat aku meninggalkannya untuk bersama dengan wanita lain.
Yang lebih muda, yang lebih jelita.
Paling penting yang masih remaja, yang disangka akan melayan cinta aku yang dirasakan muda.

Tapi,
aku lupa. Cinta juga mampu tua. Tuanya sama dimamah usia.

Bila kita mencari cinta sejati. Ada masa kita memiliki.
Tapi, nafsu buat kita lupa untuk menghargai.
Bukan kerana lalainya hati.
Tapi, bila nafsu dibelai bagai anak sendiri.
Iman dilayan seperti anak tiri.

Cinta yang suci pun tak siapa percaya lagi.
Lebih-lebih bila dia pergi.
Takkan nak gali kembali?

  

 

 

 

Lelaki dan wanita,
kita sama-sama bercinta,
sama-sama jatuh cinta,
tak kira masa,
tak kira siapa,
tak kira rupa,
tak kira usia,

setia lah pada yang memberi masa,
pada yang terus kekal setia,
walau dia tidak lagi punya harta,
tidak punyai lawak jenaka,

sekurangnya dia masih lagi punyai masa,
walau diri ditelan usia,
dia tetap setia.


Hari itu,
apa yang buat aku kecewa.

Bila dia tetap terus menerima,
walau tidak lagi bersama.

Menghadap mati, tinggalkan aku selamanya.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved