>

Sunday, January 12

Bersama ‘Pelajar Jurusan Cinta’ 1


quotediaryofficial:

★★★ more quotes here ★★★

Apa yang penting bukan yang jelas di depan mata,
tapi yang tersembunyi di dalam kotak hati manusia.

Ini kisah cinta mereka.

 " Aku lelaki yang terluka. Sejak terluka, fikiran aku tidak lagi waras seperti manusia biasa. Hati aku rapuh-serapuhnya. Aku dahagakan cinta, tapi aku bimbang kembali terluka. Lalu, aku memilih untuk bersama dia. Yang sama seperti aku juga. Cuma, cinta kami bukanlah yang senang untuk diterima. Kami juga sedar akan hakikatnya. Cuma, kami terlalu lemah untuk kembali seperti sedia kala. Kembali pada fitrah manusia yang sebenarnya, di mana lelaki harus menyanyangi wanita, wanita mencintai lelaki seperti norma dunia yang biasa. Dia datang menawarkan pertolongan. Cuma kami menjawab bahawa belum bersedia. Tetapi, dia tidak gagal mencuba.

Hari ini, aku seorang suami. Oh, tidak. Aku bukan saja seorang suami, tapi aku juga seorang bapa. Pada seorang wanita yang aku puja, pada si kembar yang benar aku cinta. "

Kadang kala, niat kita disalah erti oleh insan yang kurangnya memahami. Bila kita rapat dengan jenis kita sendiri. Benar, wanita atau lelaki. Kita tiada kesempurnaan dalam diri. Tidak meneliti apa yang tersembunyi di dalam diri sendiri. Mungkin ada wanita atau lelaki yang jauh menyimpang dengan mencintai jenisnya sendiri. Tetapi, hanya kerana rapat dan terus menerus menerimanya sebagai seorang kawan tidak bertujuan untuk kita merestui sikap yang menyimpang dari jalan Ilahi. Sekurangnya, kita menerima dengan manusia tanpa memberikan apa-apa provokasi.

Setiap orang mampu memberikan persepsi,
tapi perihal diri sendiri hanya kita dan Dia yang lagi mengerti.


" Perempuan, bukan satu, dua atau tiga orang yang pernah aku lukakan. Ramai! Puas, sepuasnya. Mungkin bagi wanita yang aku pernah aku lukakan. Aku tidak berguna. Tak kurang juga yang kata, 'apa yang diberi, akhirnya aku terima'. Hari itu, aku menafikannya. Hari ini aku pula merasakannya, lebih senang aku mengakuinya.

'Kaki perempuan' juga ada masa akan cuba setia. Bila dia tidak lagi muda. Bukan muda pada usia. Tapi, lebih pada usia dalam berkata-kata. Berkata-kata dalam merebahkan wanita yang senangnya diperdaya. Cuma, hari ini aku memilih untuk setia dengan dia yang benar aku cinta.

Sayangnya,dia sudah berpunya. Bukan aku juga yang memilikinya. "

Lelaki, kami mungkin tidak mampu lari daripada digelar sebagai 'kaki perempuan'. Benar. mungkin sesetengah lelaki mengambil jalan ini sebagai suatu kesempatan. Tetapi, dengan menganggap bahawa semua lelaki mempunyai persamaan dengan hidup penuh kecurangan bersama wanita amat sekali tidak bertepatan. Tetapi, bukankah seseorang lelaki juga perlu diberi peluang dalam memberi penjelasan. Kami juga ada masa berlainan daripada apa saja 'stereotype' yang mampu untuk difikirkan.

Saya menggunakan laman sosial untuk meluahkan betapa bebasnya untuk kita diberi kebebasan dalam berbicara. Tanpa mengira dengan siapa pun untuk kita bertegur sapa. Kita tidak dapat menghalang seseorang untuk memilih dengan siapa untuk dia berkawan atau berteman. Tetapi, dalam apa jua perhubungan. Kepercayaan adalah satu kepentingan. Tidak bermakna tiadanya mesej, panggilan atau sebagainya daripada dia bermakna sudah beralih arah. Masih ada manusia yang memikirkan mengenai masa depan untuk terus kekal bersama.

Dalam cinta tidak perlu untuk sembunyi,
tapi haruslah ada rasa saling mempercayai.

 " Hari itu, aku tidak lagi memandang ke belakang. Aku meninggalkan dia yang kesedihan. Paling penting, hari itu juga aku kehilangan seorang teman tempat aku meluahkan segala apa yang aku rasa. Teman, yang aku berkongsi bicara. Teman yang aku ceritakan mengenai wanita yang aku cinta. Tanpa aku sedar, aku hanya membuat dia terluka. Tapi, dia tetap kekal untuk mendengar mengenai apa yang aku rasa. Dia tidak menolak mengenai kekurangan yang aku ada.

Saat waktu itu, aku terluka. Dia terus mendengar mengenai bicara yang lama aku pendam di dalam jiwa. Paling penting yang menusuk di ruang hatiku.  

Bila cinta dia masih hadir untuk diriku. "

Kita masing-masing memilih pasangan untuk berada di dalam satu perhubungan. Ada masa kita juga harus mengerti dan memahami mengenai batasan yang diperlukan sebelum berada di dalam sebuah perhubungan.

Memilih sebelum bercinta tidak bermakna kita meletapkan sesuatu tanda harga,
tapi menunjukkan kesungguhan kita untuk kekal setia bila bersama.

Dalam apa jua perhubungan sekalipun, memahami antara satu sama lain adalah sesuatu yang paling penting sekali.

Kita bukan memahami hanya untuk menyedapkan hati,
tapi cukup untuk sama-sama saling melengkapi.

Tidak kira, apa jua dugaan sama ada terluka atau bahagia. Itu semua pahit manis yang akan dilalui oleh setiap manusia yang bercinta.

Pernah satu hari, aku berfikir. Apa yang lebih melukakan hati bukanlah kerana kita tidak bersama dengan insan yang kita cintai. Tapi, kerana kita menghabiskan masa dengan orang yang akhirnya hanya mampu melukakan hati

Hingga bila aku merenung kembali. Itu bukanlah sesuatu yang patut aku sesali. Tetapi, untuk terus kuat bangkit keluar daripada kelukaan ini yang penting untuk aku hadapi. Itu yang tidak akan buat untuk aku merasa kecewa lagi.

Dalam mendapatkan cinta sejati, kita mungkin merasakan kita hidup di alam fantasi, mungkin jua hanya bermimpi di malam hari, tapi apa yang perlu dinikmati, percayalah pada takdir oleh Dia yang memiliki lagi menguasai.

♥♥♥iheartpictures♥♥♥

Bukankah tuntutan cinta yang hakiki tidak lagi perlu diselindungi?

Cinta itu luas,
cuma hati manusia yang punyai batas.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved