>

Thursday, January 23

Tentang seorang wanita 5.


Dia,
mencari apa indahnya hidup selepas mati,
langsung tidak dia ketemui,
hingga dia diuji dengan sakit yang bakal membuatnya mati,
baru dia menyedari betapa tinggi harganya hidup yang pernah diberi.
Pada kuasa Tuhan juga yang dia berterusan mencari.

Ini kisah seorang wanita.
Yang dari dahulu hidupnya seperti wanita biasa. Tidak digila oleh ramai jejaka. Dia juga hanya setia pada seorang lelaki sepanjang hidupnya. Benar, dia juga ada silapnya.
Menghabiskan masa pada yang tidak menghargainya. Tapi, dia juga manusia biasa.
Yang bisa ada salah silapnya.
Yang bisa punya lagak bodohnya.

Dan ini kisah pada suatu hari.
Bila mana dia merasakan sedih sekali. Lagi sedih daripada patah hati. Lagi menyedihkan daripada hatinya dilukai. Bila diberitahu menghidap 'kanser ovari'. Seolah-olah dunianya terasa gelap sekali. Seolah-olah tiada guna untuk meneruskan hidup lagi.
Hari itu lukanya bertambah lagi.
Ditinggalkan manusia bernama lelaki.

Lemah. Pasrah dan seterusnya menyerah.

Berita dituturkan kepada seorang teman yang rapat dengan dirinya. Yang tidak membenarkannya untuk berputus asa. Kata teman itu kepadanya, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Hari itu kekuatan merasuk ke dalam dirinya.
Kekuatan bagi mengharungi hari-hari seterusnya.

Kuat. Sekuat-kuatnya.Seolah-olah hari esok masih ada sinar padanya.

Hari ini, keriangan jelas terpancar di wajahnya. Seolah-olah dahulu dia tidak pernah merasa kecewa.
Merasa terluka mainan oleh jejaka.

Hari itu juga, dia terselamat daripada kematian. Doktor itu bukan Tuhan. Ya, dia atau mereka hanya membuat ramalan. Segalanya pasti terserah kepada Tuhan. Dia kehilangan sebelah permata yang benar-benar memberikan kesedihan. Yang membuatkan mampu hilang mahalnya menjadi seorang wanita. Yang mampu mengugat hajat menjadi seorang ibu kepada ramainya permata.

Itu semua kerja Tuhan.

Paling penting dia terus bertahan daripada sakit yang berpanjangan.
Yang membuatkan dia bertambah kuat ketahanan.
Bertambah keyakinan pada Tuhan.

Paling penting dia merasakan sebuah pengalaman.
Yang bisa dijadikan pengajaran.

Hidup ini bukan seperti roda.

Kerana manusia bukan hanya naik dan turun.
Bukan hanya bangkit dan jatuh.

Hidup adalah pilihan.
Pilihan yang telah lama menjadi ketentuan.
Bukan seperti permainan.
Bukan juga satu perlawanan.

Hidup adalah haluan.
Memilih laluan kebenaran.
Berpasak jauh daripada kesesatan.

Kerna hidup bergantung harap pada kuasanya aturan Tuhan.



Dalam hidup,
yang kita cari hanya teman yang sejati,
hanya cinta yang suci,
hingga lupa pada yang mencipta dan memiliki,
pada Ilahi yang zahirnya sejak azali.

Maaflah pada yang memohon kemaafan,
bukan hanya untuk melupakan segala kesalahan,

tapi pada memberikan lebih ketenangan.


haih why so cute? :))

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved