>

Monday, January 20

47


Wanita,
usah bicara tentang usia.

20 untuk umurnya yang ke 47.

Berilah aku permata, cukup seorang 'mama' yang akan aku jaga.
Berilah aku bintang, takkan pernag aku lupa jasa 'mama' yang tersayang.
Berilah aku matahari, hati 'mama' tiada berani untuk aku lukai.

Bosan dengan bebelan.
Penat dengan leteran.
Aku cuba untuk memahami.
Sekali yang dicurahkan untuk mendidik diri ini.

Kerna aku tahu.

Hidup di sini hanya sekali.
Memilikinya juga sekali.
Takkan hadir peluang lagi.
Bila tak tahu nasibnya di sana nanti.

Dialah tuan puteri.
Dia juga lah permaisuri.

Shadiah Sulaiman.
Selamat hari lahir.

Terima kasih kerana melahirkan.
Terima kasih berbuat kebaikan.
Terima kasih menghadiahkan kekeluargaan.

Biar dicucuri rahmat.
Biar kita selamat.

Sayang mama. :)

Ingat waktu kecil dahulu,
saat aku jatuh terluka,
nangis bersungguh-sungguh mengalirkan air mata,
hanya senyuman yang terukir di wajah mama,
sambil berkata,
"anak mama kena selalu kuat, lelaki kan"

Dan hari ini,
aku tidak takut untuk menangis,
kerna aku rindukan saat aku menjadi seorang lelaki di mata mama.

*muah muah muah*

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved