>

Wednesday, January 1

Kisah saya, 2014.

Untuk tahun yang baru, setiap dari kita pastinya mempunyai azam yang baru. Saya juga begitu.
Selama beberapa tahun untuk merasai kehidupan ini, kesyukuran sentiasa wujud bagi menghadapai hari-hari yang baru. Yang tidak pernah disesali untuk apa yang pernah berlaku di masa lalu.

Saya pernah memberitahu, bahawa apa yang saya tulis atau kongsi di sini. Ada masanya ianya tidak menceritakan mengenai diri saya. Tapi, ianya berkait rapat dengan apa yang telah dilalui oleh diri saya. Saya tidak tahu berapa ramai yang membaca. Paling penting, saya tidak pula mengetahui berapa ramai lagi yang akan terus kekal membaca. Saya tidak menulis untuk orang mengenali saya, tapi saya menulis mengenai apa yang telah dilalui dilalui kehidupan saya. Cuma, ada masa saya olahkannya dalam bentuk cerita. Ditambah dengan drama agar ianya lebih mesra dan dekat untuk dibaca.

Ini kehidupan saya.

Bersekolah di sekolah yang berbilang bangsa dan agama. Saya memahami bahawa ada masa batas yang dilalui payah untuk dijaga. Saya tidak menafikan mengenai kelemahan diri saya. Saya tidak pernah merasa selesa mengenai apa saja yang saya punyai untuk apa yang telah saya lalui sepanjang saya menginjak ke umur yang lebih dewasa.

Gagal dalam bercinta dan kecewa dengan kesilapan yang dilakukan saya. Saya tidak pernah menyesal mengenai apa saja yang dilalui sepanjang kehidupan saya sebagai seorang remaja. Pengalaman yang sedia ada, terutama dalam pahitnya bila kehilangan apa yang saya cinta. Yang tidak mampu saya buatnya menjadi milik saya. Saya tidak pernah berhenti berusaha. Juga, saya tidak pernah mengalah sepenuhnya.

Sepanjang saya meniti usia. Saya bergembira dengan perubahan yang telah berjaya dilakukan dalam diri saya. Tentang pelajaran saya. Tentang lebih mengenali dan memahami mengenai erti sebuah agama. Paling penting, saya cuba untuk mendekati apa yang dulu saya jauhi sewaktu saya di usia remaja. Sewaktu saya masih lagi muda dan mentah untuk diterangkan mengenai godaan dan hasutan dunia.

Saya menyesali tentang bagaimana kekecewaan saya juga telah membuatkan saya mula tenggelam dalam permainan cinta. Saya tidak menolak untuk terus melukakan dan diluka. Namun, itu kesedaran yang telah saya cuba perbaiki tiap kali saya beralih pada arah yang lebih matang dalam fikirannya.

Saya tidak meminta untuk diulang kembali masa untuk saya kembali kepada apa yang saya benar-benar cinta. Dan berharap agar saya mampu menjadi miliknya. Tapi, saya lebih memfokuskan mengenai apa yang akan dilalui di masa depan saya. Tentang kerjaya, keluarga dan juga perhubungan saya.

Untuk menghadapi semua ini, saya berterima kasih kepada ibu bapa saya. Untuk mereka yang mengajar saya mengenai agama. Tetapi, tidak pernah menyekat saya dalam menceburi apa saja untuk saya teroka. Saya tidak menyalahkan mereka atas segala batas yang saya tidak jaga. Saya cuma rasa bersalah atas segala dosa yang dilakukan saya sebelum saya dewasa, mereka yang menanggungnya. Itu penyesalan yang hari ini buat saya memohon keampunan pada yang Kuasa. Saya bersyukur atas kelebihan mereka bagi saya memilih apa yang saya minat, juga apa yang saya suka. Bagi saya, dengan kebebasan ini sebenarnya buat hari ini saya makin dekat pada agama. Buat saya makin berjaga dalam menerima insan yang akan rapat dengan saya.

Saya juga berterima kasih kepada kedua kakak saya. Tempat saya membesar dan menjadi diri saya. Tempat saya meluahkan rasa. Saya tidak pernah merasa kekurangan mengenai tiadanya seorang abang untuk melindungi diri saya. Saya tidak pernah merasa kurang bila ada masa, sikap sensitif saya ini membuatkan saya mampu kecewa, bersedih di kala masa. Saya tidak pernah takut untuk melakukan kegedikan di mana dan dengan siapa saja saya bermesra. Kerna saya yakin, saya memilih mereka yang saya percaya untuk dijadikan tempat beramah mesra. Yang menerima saya seadanya.

Untuk diri yang bakal masuk pada usia dua puluh dua. Saya tidak cuba untuk meminta lebih daripada apa yang sedia ada. Saya lebih berfikir untuk perbetulkan kesilapan yang sedia ada. Lebihkan masa dengan mereka yang tidak pernah lekang dan jauh daripada saya. Paling penting, saya ingin menumpukan lebih perhatian mengenai masa depan saya. Agar saya mampu menjadi diri saya.

Saya akui, waktu kecil saya dipenuhi dengan suka dan duka. Suka bila saya mula berjaya untuk apa yang saya rancang daripada mula. Saya juga mempunyai saat duka, saat saya kehilangan mereka yang rapat, yang memberikan sumbangan, semangat kepada diri saya. Saya juga turut merasa duka atas kehilangan seseorang yang telah memberi dan mengajar saya mengenai cinta.

Hari ini, ini cerita serba sedikit mengenai kehidupan saya.
Yang saya kongsi untuk tatapan semua.

Sekali lagi, saya tidak mengharapkan untuk orang lebih mengenali dan membaca penulisan saya. Tapi, saya cuma mengharapkan agar penulisan saya sekurang-kurangnya difahami dan didekati untuk kita sama-sama lebih mengenali mengenai garis-garis masa mengenai kehidupan di dunia. Sewaktu saya menulis ini, saya tidak memikirkan lagi mengenai apa bekalan saya di dunia. Tapi, saya lebih berfikir mengenai kehidupan saya di sana. Bila saja tahun meningkat, usia saya juga turut meningkat, buat saya mula mengingati bahawa ini mungkin masa saya untuk kembali pada apa yang telah azali menjadi milik-Nya.

Oleh itu, untuk tahun yang baru, yang bakal dilalui oleh saat, minit oleh diri saya. Mungkin saya akan meniti kejayaan yang lebih jika diizinkan-Nya. Mungkin saya akan diuji dengan ujian yang lebih buat saya lebih teguh dan tabah dalam meniti kehidupan di dunia.

Apa yang saya pinta, saya terus kekal menjadi diri saya.

Ini kisah saya,
Syakir Salman. 

(1992-sekarang) 



Saya tidak pernah risau digelar anak mama,
kerana saya lebih suka.
Saya tidak pernah malu dibilang anak manja,
kerana itu diri saya sewaktu bersama keluarga.

Satu pengalaman yang sentiasa saya pegang dan percaya,
buatlah apa saja yang ingin kamu cuba atau teroka,
walau ianya sakit dan menyakitkan,
walau ianya gembira dan menggembirakan,
bangkit dan bangun,
selagi bertunjangkan agama, 
keluarga pasti akan terus menerima.

Tidak perlu risau dengan hidup jika ada iman di hati,
tidak perlu takut untuk mati bila kita ada berbakti.

Terima kasih pada yang terus memberikan sokongan.




8 comments:

Anonymous said...

WELL SAID :)

syakir salman abdul latif said...

thank you. :)may God bless us.

Anonymous said...

Wah...penulisan A + nie..tahniah..

syakir salman abdul latif said...

haha. tetiba rasanya macam buat karangan utk SPM. xD

Anonymous said...

all the best for your life, syakir :D

syakir salman abdul latif said...

Insyaallah. Thanks for your prayer. You seem know me well. :)

classy dirty said...

Hmm

syakir salman abdul latif said...

Hmm..Why?

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved