>

Tuesday, December 31

TURUN


bintulmalik:

beautyofhereafter:

umm-tasneem:

What will we be able to respond to this?

😥

:(
  


Di suatu pagi, bangkitnya si tua yang hanya menunggu mati, dengan payah mengambil basikal di tepi perigi, dengan lelah dan segala kesusahan mengagahkan diri, mencari rezeki untuk anak dan isteri. Yang dimahu bukannya gelang tangan seorang puteri, cukup sekeping roti, biar esok hari masih mampu bekerja lagi.

Ini tua yang dijanjikan transformasi,
tapi diberi penipuan atas sebuah aspirasi.

Remaja? Yang dikirimkan teknologi ketagihnya di alam maya, buat terjerat dengan perangkap cinta. Yang difikirkan belum lagi ianya berguna, selagi tak dididik seperti dewasa. Yang khabarnya tidak layak bersuara. Soal pula ke atas dirinya, tentang pengalaman yang jelas sekali berbeda. Ditaburkan hiburan merata-rata. Diangkat drama bertema cinta. Buat mereka lupa tentang hari tua. Buat mereka asyik dek godaan dunia.

Ini remaja yang percayakan tentang sesaknya pembangunan,
tapi disesakkan pula dengan bebanan kewangan.

Media? Yang dikatakan pembekal informasi. Memberi info yang semuanya terperinci. Yang diberi tidak berbelah bahagi. Tiada beza pada yang menang dan kalah di hari mengundi. Yang tidak dikawal sang kuku besi. Mana pergi janji pemimpin yang tinggi. Mana keadilan ditabur di setiap penjuru bumi? 

Ini media yang dikhabarkan penyebar maklumat berkualiti tinggi,
tapi hakikatnya hanya kuat sebarkan provokasi.

Bila yang kaya makin kaya. Bila yang tua tidak lagi berdaya. Bila yang muda tiada nama. 
Kuasa kekal sebagai kuasa. Rakyat dibuat bahan jenaka. 

Mereka seperti kera menolak bunga.
Diberi kesenangan sedia ada, kesusahan pula rakyatnya terima.

TURUN.
Turunkanlah nafsu pada harta, biar kami tidak papa kedana.
Turunkanlah nafsu pada kuasa, biar kami lebih bebas bersuara.
Turunkanlah nafsu pada dunia, biar mudah timbangannya di sana.

Masa di sini tidak lagi lama.
Tak cukupkah lagi pada pembohongan yang jelas dan nyata?

TURUN.
Bagai merpati terbang bebas di udara,
biarkan yang kecil bebas bersuara.
Yang suaranya sayup-sayup kedengaran,
meminta sebuah pembebasan daripada penindasan,
memohon biar dijauhkan daripada pembohongan,
menagih simpati didekatkan dengan kebahagiaan.

Jangan gembira pada mandat yang diterima,
hingga lupa kehidupan di sana.

Langit pun lelah menangis siang dan malam,
pada sakitnya bumi hingga dirundung bencana alam.

Tapi manusia tetap lagi lagaknya kejam.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved