>

Tuesday, December 24

Gugurnya kelopak bunga.

Selesai dengan menguruskan jenazah abah. Aku merancang untuk kembali ke rumah.
Sebak, pasrah dan sedih yang menyelebungi jiwa tidak lagi mampu disorokkan wajah.

Untuk hari itu,
hari terakhir aku dapat melihat,
mencium bau juga mengucup dahi dan pipi abah.

Yang terakhir antara aku dan dia, sebelum kami berpisah.

Hari itu,
raut wajahnya,
kata-kata nasihatnya,peluh keringatnya,
semuanya seakan-akan kembali menjelma.
Seolah-olah memberitahu kepadaku,
"abah sudah tiada, tapi kenangan semasa hidup jangan pernah dilupa".
Buat mata aku kembali berkaca. Aku cuba memujuk diri supaya kuat dan menerima.
Tapi, hanya jasad aku yang cuba berlagak kuat tapi di jiwa aku menangis, kelu dengan sepenuhnya.

Hidup dengan kenangan insan pergi tak hidup kembali.
Separuh jiwaku seakan mati.

Perginya abah, bermakna aku juga hilang keduanya sekali.
Dialah abi juga dialah ummi.
Kini, aku hanya bergantung pada diri sendiri.

Aku masih teringat, saat aku dihantar ke sebuah rumah. Abah, merangkul aku dengan kuat. Cuma menahan diriku daripada ditolak, dilukakan oleh insan yang sehingga sekarang tidak membenarkan aku memanggilnya, ibu.
Hari itu, abah yang menjadi seorang ayah buat diriku. Dia juga menjadi ibu bagi diriku.
Buat aku langsung tiada rasa kekurangan.

Kini, bila aku membesar, aku menjadi lebih kuat.
Hingga hari itu, aku lemah. Lemah sekali.
Abah, bakal dibawa pergi. Jauh dari sini.

Sakit, ciptaan Tuhan agar Izrail mampu bawanya jauh dariku.
Tanpa dicerca, tanpa ditanya sebabnya.

Yang menguasai akan terus memiliki.
Yang dipinjam suatu masa ianya harus diberi kembali.

Malam itu,
abah menghiburkan aku, dalam suara yang menahan kesakitan.
Menyanyikan lagu kesukaan aku dan dia.

Aku adalah hasil daripada kesilapan abah dan emak.
Yang dulu terlanjur dalam keseronokan. Mereka tidak bersama.

Abah ditinggalkan walau dia mahu menanggung kesilapan itu.

Ada sikap manusia.
Yang malu harus ditutup, bukan kerana maruah yang tersedia azali.
Tapi, lebih demi pada menjaga nama keluarga seolah keturunan sufi.

Dan ada manusia.
Yang tidak mahu menerima, yang bukan miliknya.
Bimbang yang dimiliki beralih pemiliknya.

Aku tidak menyalahkan abah.
Bila aku semakin dewasa. Dunia penuh dengan godaannya.
Aku juga tidak menyalahkan emak, walau aku tidak berpeluang mengenalinya.
Aku juga tidak menyesal, tidak mendapat peluang kedua memiliki seorang emak.
Saat aku dewasa, aku mula memahami perasaan wanita.
Bila aku juga membesar sebagai seorang wanita.

Yang rapuh hatinya, tapi fizikal langsung tidak menampakkannya.

Malam itu,
aku masih mampu tersenyum.
Kerana aku yakin, itu yang abah mahu.

Dengan kenangan ini,
biarkan ianya segar di ingatan ini.
Buat aku mengerti.

Yang pergi akan diganti.









Saat aku mula merasa kekurangan, abah selalu memberitahu,
"Adik, jangan pernah rasa lemah bila kurangnya kasih ayah. Adik jangan pernah rasa kurang bila tiada perhatian seorang emak."

Katanya,
cuba adik lihat,
" Nabi kita tidak membesar dengan hadirnya emak dan ayah. Tapi, dia tidak merasa payah, sedih dan pasrah. Bukan kerana hadirnya sahabat. Tapi, kerna hadir umat mendoakan kesejahteraannya. "

Bila adik lemah,
bukankah adik ada harta paling bernilai di dunia.
"Bacalah Qur'an. Semarakkan jua segala sunnah."

Kita tidak hidup untuk menanti mati.
Tapi, kita hidup dengan beringat bahawa kita akan kembali.

Kembali yang tiada lagi mati.

Hari ini aku kuat,
dengan lagu ini yang menjadi peneman diri.

Yang abah nyanyi,
agar aku mengingati.
Walau siapa yang aku sayangi, tiada lagi di sisi.

Agar aku menghargai segala yang dimiliki.
Walau ia tetap berterusan membenci.

Beribu bintang dilangit 
Kini menghilang 
Meraba aku dalam kelam 
Rembulan mengambang 
Kini makin suram 
Pudar ilhamku tanpa arah 

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam 
Ada kerdipan ada sinar 
Itukah bintang ataupun rembulan 
Terima kasih ku ucapkan 

Terima kasih untuk semua, abah.

p/s:

Makin kuat sayang kepada papa, mama dan ahli keluarga selepas 'family trip' :) *muah*



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved