>

Tuesday, December 3

Masa dulu.

 americanbornfob:

itssamreet:

I love this

One day

Ingat tak lagi waktu dulu-dulu. Alah masa kita masih lagi dengan emak diberi susu. Mohon dengan ayah minta dibeli baju, sepatu, ada juga minta dibeli buku.

Aku masih ingat lagi saat diajuk dengan kata-kata. Kerna ada masa kita akan ditegur oleh ibu bapa. Bila apa saja yang kita lakukan tidak langsung mereka suka. Mereka cuba memperhaluskan bahasa. Hingga mereka harus menipu untuk mendidik kita?

Aku masih teringat waktu kecil, aku suka benar menggigit. Bantal, itu yang paling aku suka untuk gigit.
Aku masih ingat bila mama ku memberitahu kalau menggigit bantal nanti gigi aku akan jadi berkarat. Juga berkulat. Kerana takut aku cuba untuk berhenti dari berkelakuan begitu.

Aku juga masih teringat, kata-kata kawan aku. Aku bersekolah di sekolah Cina maka agak sukar sekali untuk aku mempunyai kawan Melayu. Cuma, waktu darjah dua, ada seorang budak perempuan ini, Syafikah namanya. Aku suka sekali mengusiknya. Bertambah lagi mengusiknya bila guru kelas aku memindahkan aku untuk duduk di sebelahnya. Hari-hari aku hanya mengusiknya.

Syafikah, berambut panjang. Tocang gaya pilihannya. Hari-hari aku akan bermain dengan tocangnya. Dia marah. Tapi, aku terus berkelakuan begitu. Mungkin kerana bau rambutnya yang wangi buat aku lagi tertarik mengusiknya.

Hingga satu hari, sedang leka aku mengusiknya Syafikah bersuara. Katanya, " awak tahu tak, mak saya kata lelaki yang suka main tocang perempuan ni. Nanti 'burung' dia terbang tahu? " Aku hanya mampu tergelak waktu itu. Mungkin kerana tahap kesucian fikiran aku belum lagi dibaptiskan dengan kekotoran propaganda luar. Saat itu, aku tidak pernah mengerti maksudnya. Apa yang aku tahu. Burung itu hanyalah sejenis binatang yang terbang.

Tapi, sejak katanya itu aku mula berhenti mengusiknya. Bukan berhenti terus. Tapi, lebih kepada berhenti mengusik tocangnya. Kerna, satu yang aku tahu. Dari kecil aku sudah meminati binatang. Dan aku diajar untuk menyayangi binatang. Hingga ke sekarang aku dewasa.

Dan, bagi aku ini seharusnya yang digelar kehidupan.
Kita belajar daripada sebuah pengalaman.
Berdasarkan pengetahuan yang dikongsikan.

Aku tahu, ibu bapa diajar untuk tidak menipu anaknya. Dan aku tidak merasakan bahawa apa yang diajar oleh ibu bapa aku sewaktu kecil membawa diri aku untuk menipu ketika dewasa.
Ianya lebih kepada diri aku sendiri.

Sebenarnya, aku lebih tertarik apabila seseorang itu membesar melalui apa yang dicerita oleh ibu mereka. Apa yang dikongsi atau diberi oleh bapa mereka. Mereka lebih matang berfikir ketika menginjak dewasa.

Menipu untuk anak-anak membesar sebenarnya bukanlah untuk mengajar anak-anak agar menipu ketika dewasa. Tetapi lebih kepada mendidik mereka dengan cara yang keras dalam berbahasa. Mungkin kita mudah percaya bahawa malam Jumaat adalah malam di mana keluarnya hantu di mana-mana.

Ada hakikat yang walau kita telan. Kita tak akan mudah untuk ganyang sehabisnya.
Kerana akhirnya ianya akan menjadi sisa yang dikeluarkan dari diri kita jua.

Apa yang penting, anak-anak itu belajar sesuatu ketika mereka sedang membesar.







Semuanya berlaku hari itu. Saat aku mula mengimbau kembali waktu kecilku. Cuba menatap gambar diriku. Melihat wajah senyuman ibuku. Peluh yang menitis di wajah ayahku. Aku mula terfikir, apa yang mereka telah beri sepanjang hidupku. Dan, apa pula yang aku kongsi selagi mereka masih bersama akan diriku.

Aku juga teringat tentang kenangan. Dan cuba berkongsi bersama dengan rakan-rakan.
Aku cuba mencari semua pengalaman yang mereka kongsikan.

Di awal pembacaan aku, semuanya sangat kelakar bagi diriku.
Hingga aku terjumpa yang terakhir.

Hari itu aku tidak berhenti menangis.

Kerna aku bersyukur aku masih lagi diberi peluang untuk mengucup kedua ibu bapa aku sebelum aku tidur. Saat insan lain hanya mahu bermimpi ibu bapa mereka sewaktu tidur.

Kita akan hidup dua kali. Tapi di dunia fana ini hanya sekali.
Tiada salah untuk kita berbakti.

Mereka tidak meminta untuk kita membalas kembali.
Tapi hanya cukup menyayangi.
Hanya lebih kepada mengingati.

Kita mungkin dekat. Bila mereka pergi.
Kita mungkin jauh. Bila mereka masih di sini.

Tapi, apa guna dekat bila kita tidak mengingati.
Apa juga guna jauh bila tiada doa yang dikirim hari-hari.

Tak guna menangis mengenangkan yang mati,
bila semasa hidup tiada langsung menyumbang bakti.

Tapi hanya pandai menabur berjanji.



" Kita menangis waktu kecil hanya untuk diberi makan,
adakah pula kita bersedia menyuap ibu bapa ketika mereka tiada lagi berkemampuan? "





No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved