>

Friday, November 29

Rindukanlah

heart-to-heart-aurora:

the-beauty-of-words-blog:

This post has been featured on a 1000Notes.com blog!

Sometimes, lebih baik diam daripada tersakiti dengan harapan

Masa berlalu pergi.
Puas aku menanti.
Dulu aku tidak kau hargai.
Perginya aku tak guna mencari.

Aku masih ingat,
saat kita berjanji sebagai sahabat sejati.
Benar, telah aku mungkiri.
Soal hati ini, yang akhirnya kau sedari.
Betapa aku menyayangi. Begitu juga aku mencintai.

Bagi dirimu. Itu salahku.
Kerna, aku hanyalah teman baikmu.
Tidak lebih dari itu.

Maka,
hari itu aku cuba luahkan di dalam lagu.
Tapi, akhirnya kau menjauh dari hidupku.

Pernah tak,
suatu masa kau melihat terangnya langit letaknya tinggi.
Cerahnya ia disinari mentari.
Tenangnya ia diisi kicauan burung lekanya menyanyi.

Ada satu masa,
langit yang cerah bercucuran menangis.
Tanpa ada ribut yang mendatang.
Tanpa ada kilat yang buat manusia ketakutan.

Hati aku juga begitu.
Ada masa ia punya rasa rindu.
Rindu akan dirimu.

Hari itu,aku cuba berlari.
Mengejar dirimu.
Aku tahu, kau tidak lagi mahu memandang diriku.
Mungkin jelik di hatimu.

Aku ingin luahkan sesuatu.

Bukan,
bukan lagi soal kasih aku padamu.
Bukan,
bukan lagi soal ingin jadikan dirimu permaisuri hatiku.
Bukan,
bukan jua untuk menyusuri bahtera hidup denganmu.

Namun, kau cuba mengelak.
Aku tahu akan gerakmu. Aku cuba untuk jelaskan pada dirimu.
Tapi, sekali lagi engkau tetap mengelak.

Aku mengerti.
Dalam diri yang benar-benar patah hati.

miki-sato:

Also, here’s a video version with sound.

Puas aku bermimpi.
Untuk dirimu hidup kembali.
Patah hatiku sedih sekali.
Bila kau ada aku tak hargai.

Aku yang keseorangan.
Rindukan setianya seorang teman.

Salah hatiku,
tiada faham situasi dirimu.

Kini aku mengerti, walau tiada gunanya lagi.

Dalam kita rapat dalam berteman, penuh dengan gurauan,
ada masa kita membuka ruang, untuk seseorang meminta peluang.
Ruang berkasih sayang. Peluang ucapkan sayang.

Aku tidak tahu.
Itu terakhir buat diriku.
Menatap sihatnya kamu.

Kini, kau pergi tiada lagi kembali.

Akan sakit yang tiada ubatnya lagi.
Yang hanya maut membawa lari.
Perginya jauh bertemu Ilahi.

Kau tinggalkan nota kecil.
Agar aku terus kuat.
Biar diri tidak rapuh.
Seolah kau tahu perasaan itu begitu utuh.
Seolah kau benar memahami diriku.

Tapi, ada masa engkau juga silap.

Hari itu, aku menangis.

" Janganlah engkau pinggirkan temanmu lantaran kesilapan yang dibuatnya walau berulang kali,
kerana mungkin datang waktunya engkau tidak mendapati sesiapa pun untuk menolongmu selain daripadanya "
- Al Marhum Dr. Musthofa As Siba'ei.

Disipkan dengan nota itu.
Aku terpandang satu lirik.
Berserta satu 'cd'.

"Rindukanlah"

Itu yang tertulis di 'cd' itu.
Aku cuba mainkannya.
Sekali lagi mata aku berkaca.

Maaf diriku buat dirimu.
Mendengar lagu kepada diriku.
Jiwa aku bertambah sayu.

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu



Kata akhirmu:

Indah hidup kerana cinta.
Setia sahabat mengusik jiwa.
Bahagia mendatang berteman keluarga.
Tenteram hidupmu kerna yang Esa.


Ada masa pernah aku fikir,

"mengapa harus jauh bermusafir pada yang tak sudi,
bila mampu bermukim dengan seseorang yang setia menanti."

Moga kau selamat di sana.


P/s:

Terima kasih kepada Encik Mimpi,
atas sumbangan lagu pemberi inspirasi.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved