
Aku ingat lagi. Saat aku berlari-lari. Langkah yang dibuka
begitu kecil. Tapi, cukup buat seolah-olah aku berlari lebih jauh, derapan
langkah aku seakan-akan diriku minta dikejar lagi dan lagi. Cukup untuk buat mak termengah-mengah
keletihan. Runsing memikirkan kenakalan aku.
Namun, semuanya aku rasakan
berubah bila lahirnya adikku.
Segala yang aku buat, semuanya seakan tidak kena.
Adik, aku tak pernah sukakannya. Langsung. Aku juga pernah
berdoa.
Biar saja dia dilanggar kereta.
Biar saja dia dihempap batu-bata.
Biar
saja dia dibaham serigala.
Tapi, andai hari ini aku buat dia menangis. Esoknya dia
masih mampu senyum lagi. Langsung tiada mengalah mendekati diriku. Akhirnya,
aku yang dimarahi atas layanan aku terhadapnya.
Buat aku makin benci pada dia.
Bertambah meluat padanya.
Buat diri aku penuh dengan kebencian terhadapnya.
Pernah satu hari, aku cuba berbuat baik kepadanya. Ingin menyuapkan sesuatu kepada dirinya. Tetapi, saat aku ingin menyuakan makanan itu
ke dalam mulutnya. Sekali lagi aku dimarahi.
Buat aku bertambah benci, bukan
saja pada adikku.
Tapi juga kepada ibuku sendiri. Seolah-olah aku hanyalah anak
tiri.
Kebencian ini makin bertambah saat ayah tercinta aku
meninggalkan aku.
Aku mula sendiri. Akhirnya, buat aku melarikan diri.
Tinggalkan ibuku dengan anak yang paling dia sayangi.
Hari itu. Mungkin yang terakhirnya.
Yang membuat aku
menyesal tak ke mana.
" Along, adik sebenarnya sakit. Saat dia dilahirkan dia sudah
tidak mampu lari dari kenyataannya sakit itu. Ingatannya tak bermakna bagi dirinya. "
' Memori
yang dia lalui hari ini, tidak lahir lagi pada esok hari.'
“Along, adik ada alergi. Dia tak boleh makan kekacang. Mak,
tak pernah marah untuk along berbuat baik pada adik. Tapi, hari itu emak juga
silap kerana memarahi along. Mak takut apa yang akan terjadi pada dia. Mak faham along sedih. Malam itu, saat along
tidur. Mak menangis di tepi along. Mak cium along sepuasnya. Mak lega along
masih lagi mampu tidur lena. Masih lagi ada senyuman di muka along. Mak bangga along begitu kuat.”
Itu, kata-kata terakhirnya. Yang membuat mata aku berkaca.
Hari Jumaat. Selepas Asar, mak dikebumikan di pusara.
Saat itu, aku masih teringat adikku menangis tanpa henti.
Tapi, di dalam dirinya dia seakan mengerti bahawa setiap yang hidup pasti akan
mati.
Aku tidak menangis saat dia menangis kerana aku tidak mahu
hari itu menjadi memori yang sedih buat dirinya.
Tapi, esoknya aku kembali menangis. Saat dia bangun pagi
memanggil.
“Mak, mak, mak”.
Tapi sahutannya tiada dibalas.
Ini adalah memori yang aku masih kenang sehingga ke hari
ini.
Buat aku tertanya di dalam diri.
Mak, abah, along ni anak derhaka ke?
Mak, abah, along ni anak celaka ke?
Sedang aku bersujud, buat air mataku tidak berhenti
mengalir.
Saat aku masih lagi kecil,
mak sentiasa memberitahu,
" Tiada salah jika kita bukanlah cerita kesukaan yang ditulis oleh insan yang tersayang,
tetapi ianya sudah mencukupi bila insan tersayang itu kembali tersenyum bila saat dia membuka kembali kepada helaian di mana cerita kita ini masih setia di situ. "

Berhentilah membenci sesuatu yang kita tidak mampu miliki,
berserahlah pada Dia yang Maha Menguasai.
Sedang aku rindu,
aku memandang ke langit yang gelap.
" Along,
bulan tak pernah rasa sendiri walau berjuta bintang di langit,
sebab bulan sentiasa percaya pada satu."
' Dengan cahaya matahari ianya menyinari, buat ia tidak pernah rasa sendiri. '
No comments:
Post a Comment