>

Wednesday, December 11

11.12.13


11.12.13
Aku tertanya dan terus tertanya-tanya,
ada apa dengan nombor?

Jawabnya, 

dengan nombor bisa terukir sejarah,
yang disimpan buat khazanah.

Yang kau benci bila harapan kau musnah,
yang kau ingati bila kenangannya indah.

Masih aku ingat tentang bicara dulu,
bicara tentang ibu,
bahawa kasihnya hanya satu,
jangan pernah untuk kau ragu.

Itu nombor satu.

Masih aku ingat tentang pesan papa,
bahawa kasihnya penuh rahsia,
egonya ada masa tidak kena,
tapi sayangnya sentiasa ada.

Terukir nombor dua.

Jangan lupa pada yang kuasa,
rahmatnya luas dan bermakna,
cantiknya aturan dan jagannya,
tanpa mengira darjat seorang hamba.

Terletaknya nombor tiga.

Satu satu,
berdoa diberi kekasih yang satu,
dua dua,
bila hati bersatu ingin pula hidup bersama,
tiga tiga,
bersama dengannya tanpa yang ketiga.

Ini kisah mereka.

Sebelas Januari.
Di sini, aku seorang diri. Jeritan, sahutan mengisi segenap bumi. Aku sedar dan mula memahami. Hidup bersendirian bukanlah yang diinginkan hati. Cuma, bila ada aku yang tak hargai. Aku lupa untuk menyayangi.
Perginya mereka yang disayangi. Dalam satu tragedi, yang tidak mahu untuk diingati. Biarkan ia bersemi. Biar aku hadapi dengan diberi ketenangan hati dari Ilahi.
Moga berjumpa suatu hari nanti. 
Moga berjumpa suatu hari nanti. 
Moga berjumpa suatu hari nanti.

Dua belas malam.
Aku melihat bulan menerangi malam. Bila petang matahari mula terbenam. Bersama gelak dan ketawa tanpa ada apa yang dipendam. Hanya bersama dia yang benar diidam.

Tiga belas nota cinta.
Itu yang dibaca. Sedang diri dilamun cinta. Kononnya, makin lama makin mudah berbahasa. Makin lama buat hubungan jadi lebih bermakna. 
Yang mimpinya di malam hari buat tidur menjadi lena. 
Yang bangkitnya di pagi hari buat senyuman terukir tidak sengaja.

Tiga cerita.
Ini bukannya kisah cinta.
Yang difikir lahirnya pada tarikh yang bermakna.
Ini warkah yang penuh rahsia.
Yang akan difahami.
Buat insan yang mempunyai jiwa.
Yang mendalami.
Tentang cantiknya susunan bahasa.

Ada masa bahasa,
bukan digunakan untuk meluahkan cinta.
Tapi sekadar mengisi sisipan dalam realiti kehidupan seorang manusia.

Aku mula jadi rindu, 
pada bicara yang buat lidahku kelu,
saat dia bertanya,
" apa yang dibuat oleh dirimu",
lantas aku menjawab,
"sedang membaca buku."

Lama untuk dia memberi respons kembali kepadaku,
buat aku makin tertunggu dengan penuh ragu,
buat aku menghantar pesanan yang baru,

" walau membaca buku, fikiranku masih mengingati kamu "

ringkas sahaja balas darimu,
" ^_^ ".

Buat aku mula memahami.

Mari mari,
kita sebarkan apa yang disenangi,
sebelum mereka pergi tak datang kembali.

Bukankah itu yang selamanya diingati, itu juga diidam hati nurani.


Tulisan seni,
dari seorang lelaki.

Yang tak mahu dikenali, tapi biar mesejnya difahami.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved