>

Friday, November 1

Sekuel antara cinta dan air mata.

Sedang aku asyik melayari 'muka buku'. Aku disapa. Sekali lagi, oleh dia yang aku tidak tahu nama. Aku mula bertanyakan apa kehendaknya. Lama, tapi tiada jawapannya. Satu, yang aku fikir, mungkin dia tidak ingin berkongsi cerita. Aku meneruskan aktiviti tadi seperti biasa.

Lama! Dia membalas dengan soalnya. ' Bang, bagaimana nak biarkan diri tidak diselubungi rindu. ' Dalam hati, aku tertawa. Aku cuba mengagak, ini seharusnya kes cinta seorang remaja. Aku berfikir sejenak, cuba mengatur bicara.

' Rindu? Jangan pernah menolak rasa rindu. Sebab rindu ni bagaikan satu bau. Kita tidak mengelakkan diri daripada bau. Sama ada bau itu wangi atau baunya busuk. Ada rindu yang wangi yang kita ingin hidu. Ada jua bau yang busuk yang kita cuba elak untuk hidu. '

Rindu ini tidak mampu ditolak. Lama-lama ia buat kita sesak.

Tapi, cuba wangikan apa yang kita hidu bila ia bauan yang tidak kita senangi.

' Macam mana caranya bang? ', soalnya lagi seakan tidak memahami.
Busuk atau wangi, pilihan kita sendiri.

Kita yang menghidu dan kita yang tahu bau yang dihidu.
Pasti kita juga tahu.

Sebolehnya,
aku cuba untuk membebankan lagi persoalannya.
Bukan apa,
sebagai dai'e kalau mampu aku tidak mahu remaja terus terjelus dalam perangkap cinta.
Dan, aku tahu ianya mengalami rindu cinta.
Maka,
aku cuba untuk menjawab persoalannya dengan mengelirukannya.
Biar dia tidak lemas dalam cinta.

Di akhirnya,
aku sedari dia tidak memahami.
Dan aku yakin, aku berjaya buat kali ini.

Dia terus menjawab, ' terima kasih bang. Insyaallah akan saya selami rasa rindu ini. '

Lalu, aku mempersoalkannya, ' adakah adik tidak rasa bahawa beban rindu pada seseorang yang adik cinta ini terlalu rumit? '

Dan, dia menjawab, ' tidak, selagi terus terapung dan menyedari rasa rindu ini akan terus mekar mewangi. '

' Jadi adik akan meneruskan cinta dan menyeksa diri adik dengan perasaan rindu? ' , soal aku.

' Ya, kerna ini rindu seorang anak kepada ibu yang telah pergi '. Jawabnya dengan ringkas.

Aku terdiam.
Saat itu, aku mula mencari ibuku.

Kucup pipi, dahinya. Sambil bergenang dengan air mata.

Ada masa kita cuba untuk memaksa.
Cuba untuk salah sangka.
Seolah semua orang didikannya sama.
Seolah diri kita sempurna.
Bahawa yang dirindu hanyalah cinta.
Dan cinta itu membawa ke neraka.
Kerna kita lupa.
Ada cinta papa dan mama.
Ada cinta pada Maha Esa.

Layakkah kita memberi, bila kita sendiri kekurangan lagi?



Berjalan atau berlari.
Terserah pada kemampuan diri.
Namun, bila yakin pada Ilahi.
Buatlah apa yang Dia senangi.
Insyaallah akan kekal dirahmati.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved