>

Tuesday, October 29

Tentang seorang wanita 4.


Masih ada karat yang perlu disental.
Untuk lahirkan jiwa yang kental.
Jangan pula menjadi bebal.

Lelaki.
Mereka tidak akan pernah mengerti.
Apa lagi untuk memahami.
Mengenai isi hati.
Mendalami apa yang tersembunyi.
Menjadi seorang wanita sangat sulit sekali.
Kami senang dilukai.

Tertawan dengan bicara seorang jejaka.
Buat seorang wanita memberi apa yang dia punya.

Hari ini.
Kami menangis kerana dipermain.

Esok.
Kami cuba melupakan kenangan yang tersemat rapi.

Lusa.
Mungkin kami tidak berjaya.

Sebulan lamanya.
Mungkin kami seperti biasa.
Tapi hati masih punya luka.

Tiga bulan seterusnya.
Kehidupan diteruskan seakan biasa.
Hati cuba pulih sepenuhnya.

Kini, setahun berpisah antara kau dan dia.
Kini, telah bersama dengan lain jejaka.
Yang memberi nota-nota cinta.
Yang berjanji sumpah setia.
Sedang menanti bahtera dibina.

Kehadiran kau kembali tidak dijangka.
Mengapa meminta kembali apa yang kau telah tolak pada mulanya?

Benar.
Gerutu. Keliru.
Buat diri celaru.

Bukan kerna tiadanya rasa setia.
Tapi, mampukah orang yang membuat kau terluka kembali buat kau bahagia?

Aku tanya pada bulan.
Dia bilang, kasih bukan hanya hadir di waktu malam.

Aku soal pada matahari.
Dia jawab, sayang bukan wujud dengan terbitnya mentari.

Aku mula hilang arah.
Cuba untuk pasrah.
Terlupa, masih belum istikharah.
Lama, aku sujud di sejadah.
Meminta petunjuk dan hidayah yang tak sudah.

Masa detik masa.
Sunyinya tanpa apa-apa berita.

Petang itu,
aku terpaku.

Pada indahnya bahasa.

'Ayat Tuhan itu memecahkan hati yang keras juga memulihkan hati yang luka'

Diberinya aku duka.
Buat aku tak bermaya.
Agar aku sedar kuasa-Nya.

Saat cinta.
Aku lupa pada-Nya.
Makin lama makin jauh dari-Nya.

Didiklah diri menjadi wanita salafussoleh.
Kerna wanita solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.

Biar iman yang terus bercinta.
Agar dijaga nafsu dengan sempurna.

Bukankah mahu dihuni Syurga?

' Hanya yang tulus atas sejadah, akan cepat mengenal dosa pahala '
- Dato A. Samad Said

p/s:
Bukankah yang terbaik hadirnya si saat sulit.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved