>

Friday, November 8

Perjalanan Ini.

yanilavigne:

More?

Pernah tak bila kita membaca sesuatu ayat, ada terkesan di dalam hati?
Pernah tak bila saja mendengar nasihat yang diberi, ada sedar di dalam diri?

Mungkin.
Kita rasa ini sementara.
Yang berubahnya tidak kekal lama.
Seolah banyak sekali persepsi di dalam kepala.

Berubah?
Aku yakin masing-masing, hari demi hari melakukan perubahan.
Berkekalan?
Itu tidak perlu menjadi persoalan.
Jangan tambahkan lagi kerumitan.
Jangan berbankan pula dengan kekusutan.

Ikuti kisah ini.
Sebuah perjalanan ini.
Perjalanan meratapi nasib diri.

Aku ingin berubah.
Dari sebuah dosa.
Adat seorang manusia mana berpisah dengan khilafnya.

Meniru dan menipu.
Itu salah laku aku.
Mencarut dan mengutuk.
Itu kebiasaan dalam hariku.

Hingga satu masa,
manusia mana mampu bertahan dengan prejudis sebuah penilaian.
Aku juga punya kekurangan.
Yang mempunyai tahap kesabaran.
Mana mampu kuat dengan segala tohmahan.

Menjual maruah diri.
Itu tugas seorang pelacur bukan?
Yang kau lihat hanya mencari keseronokan.
Melunaskan nafsu sebagai harta keduniaan.

Aku cuba lari daripada dunia sebenar.
Hingga dalam pencarianku, aku berhenti sebentar.

Tertarik pada satu kepercayaan.

Bahawa bila aku mula percaya, diampunkan segala dosa.
Kerana pengorbanan seorang insan dianggap mulia.

Lahir dengan serba kekurangan.
Tanpa ilmu pengetahuan.
Siapa tidak tertarik akan apa yang ditawarkan.

Saat itu, aku teruja sekali dengan apa yang diberitakan,
lalu sekali lagi aku disoal dengan sapaan yang mesra, dengan wajah manis dengan senyuman.

Aku bilang padanya,
bolehkah andai aku istikharah, cuba mengambil masa.
Membuat pilihan yang sebaiknya.
Diberikan keizinan olehnya.

Lama.
Lama sekali aku menekup kepala di atas sejadah.
Seolah seorang yang mula pasrah.
Meminta pedoman dan juga hidayah.

" Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah "
(Al Muddatsir, 74 : ayat 7)

Ini yang aku terima setelah menanti beberapa lama.
Bila aku yakin dan percaya kepadanya.

Saat itu.
Sekali lagi, lama aku sujud.
Bersyukur pada Tuhan.
Kerna aku tidak sesat.
Paling penting aku teruja seakan dosa-dosa aku diampunkan.

Malam seterusnya,
hari demi hari aku cuba mendekatkan diri kepadaNya.
Bersabar dengan segala daya.

Persepsi manusia.
Kita tidak mampu lari selagi mereka mampu berkata.
Luar kita diperhatikan dengan kusutnya jiwa.
Dalam siapa peduli apa yang punya.
Baik dan buruk hanyalah pada yang terang di depan mata.

Cuma.
Hari ini aku berubah ke arah yang lebih nyata.
Dengan hati yang penuh percaya kepada-Nya.
Tidak juga aku lupa akan dosa oleh ibu dan bapa.
Lahirnya aku ke dunia tanpa mengenal mereka.
Dibesarkan pula seorang manusia dengan penuh jijiknya.
Seorang pelacur yang ingin aku mengikut jejaknya.
Tapi, dia tidak pula pernah memaksa.

Aku tidak salahkan mereka.
Aku bersyukur dengan apa aku punya.
Aku menerima kelemahan godaan dunia.

Kerna itu,
hari itu saat aku ingin berubah.
Satu yang aku pinta biar aku dulu yang berubah.

Biar aku kuat, cekal dan tabahkan diri.
Harungi perjalanan ini.

Dengan panduan Ilahi.

" Sebab dunia dan syurga, nasib kita tak sama.
Hati kita sememangnya berbeza.
Amal kita juga tidak akan sama.
Walau hidup, kita sama dunia. "

Selalu aku takjub akan telitinya aturan Tuhan,
dalam menyusun dan menetapkan sesuatu ketentuan.

''...Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada..."
(Surah Al-Hadid :4)

p/s:
Selamat menyambut bulan Muharam.
Selamat berhijrah.
Selamat datang 1435H..

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved