>

Friday, November 22

Cinta Mi Segera 5 (Akhir)


Ada masa kenangan akan menjengah,
mengimbau kembali saat kau dan dia yang pernah bahagia,
walau hakikatnya cinta yang lama dibina telah pun musnah.

Saat itu hanya hujan dan air mata.
Yang bersama mengiringi mengingati sejarah.

Ramai yang menyangka, juga cuba untuk meneka,
adakah kami mampu bersama,
bila berbeza usia, bila mendapat tentangan keluarga.

Tapi,
ini kami sekarang.
Bahagia dengan apa yang telah diperjuang.

Siapa kata usia menjadi penghalang?
Siapa bilang keluarga akan cuba menghalang?

Izzul Irfan.
Dia mungkin mempunyai peluang. Tapi, sayangnya dia hanya mampu memendam perasaan.
Seolah memberikan aku ruang.

Aku masih ingat saat itu.
Mungkin saat yang paling manis dalam hidupku.
Saat aku meleraikan apa yang telah terbuku di dada aku.

Manisnya cinta bila bersulam dengan agama.
Bila mendapat restu keluarga.
Bila dirahmati oleh yang Kuasa.

Cinta?
Tidak perlu diberitahu kepada semua.
Tidak perlu ditonjolkan pada media.
Cukup hanya antara kau dan Dia.

Hari itu.
Aku seakan cuba mengalah.
Seolah cuba untuk beralih arah.

Lalu,
dia sahabatku.
Juga sepupu rapatku, Izzul Irfan datang menghampiriku.
Katanya,

"Keadaan bahagia itu bukan saat kau miliki semuanya.
Tapi, bila kau menghargai apa yang kau punya. Saat kau sendiri tidak ingin melepaskannya"

Kini,
aku bahagia dengan Nur Dayana.
Yang lama aku suka, yang aku cinta.

Siapa kata Mukmin tak mampu bercinta?
Kami bercinta bila bersama.
Kami bersama di usia remaja.

Cuma.
Lama. Lama.
Dan lamanya.

Aku baru sedar akan satu perkara.
Saat itu mengapa Izzul Irfan tidak meluahkan saja perasaannya.
Aku mula fikir bahawa dia korbankannya cinta untuk aku, insan yang paling rapat dengannya.

Hingga aku mengerti.
Bila dia sudah pergi.

Di diarinya,yang diserahkan kepada diriku saat dia dijemput Ilahi.
Terselit satu nota sebegini.


Di akhir katanya,

" Mana mungkin kau mencintai seseorang yang punyai masa depan. Bila diri kau hanya punyai masa sekarang. Dan masa yang kau punyai itu, tidak pula panjang. "

p/s:

Cinta Mi Segera 1
Cinta Mi Segera 2
Cinta Mi Segera 3
Cinta Mi Segera 4

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved