>

Thursday, October 17

Tentang seorang wanita 3

hijabjubahsneakers:

Laki-laki (suami) pelindung bagi perempuan (isteri) 

Ingin diluahkan perasaan ini,
tapi takut sekali untuk mendekati,
bila kewujudan diri langsung tak disedari.
Ingin jaga hati,
takut diluka lagi,
ingin memiliki diri,
bimbang pula melukai.
Kelam hati menyelubungi.
Untuk hari-hari,
aku merindui,
mohon mampu maafkan diri.
Yang mencuri melihat bidadari,
tapi tidak bisa memiliki.
Sedar kelemahan diri,
rapuhnya hati.
Risau jauh dari Ilahi.
Berdoa,biar hati suci,
tidak dinodai permainan lagi.
Biar suatu masa halal perasaan ini.

Ini puisi yang aku terima daripada seorang lelaki. Berkali-kali, puitis ayatnya menguasai diri. 
Salahkah untuk aku memiliki bila ada tawarkan diri?

Lalu,
aku kembali tergores dengan kenangan lalu. Lukanya hati dibawa pilu. Sedu si jiwa menguasai hariku.

Lelaki,
senang sekali bercakap perihal dosa,
seolah hanya mereka yang mulia,
seolah hanya mereka menguasai Syurga.
Benar,
aku akur wanita ramainya,
bilangannya juga memenuhi Neraka,
tapi, kami juga punya harga,
bukan hanya tahu dijaja tatapan mata,
dibawa mulut merata-rata.
Bimbinglah kami didikan agama,
dengan sopan santun caranya,
bukan dengan kiasan sahaja.
Bukankah kami pernah juga berjasa,
dalam berjuang tegakkan agama?

Lihat Khadijah,
kerana sayang digadainya harta.
Setianya dia pada agama.
Bukankah kau tahu,
sabarnya Asiah,
cintanya mengaku dia yang berkuasa.
Tapi, dia mengakui Allah yang Esa.
Teguhnya Fatimah menyimpan cinta,
menjaga nama abi tercinta.

Kata orang lama,
ibarat mencurah air ke daun keladi,
basahnya keladi tiada kesan di hati.
Satu masa,
mereka harus mengenali,
bukan semua wanita ibarat keladi.

Ramai kami yang berubah bila kena caranya.
Bila hikmah gayanya.
Bila sabar dalam menasihatinya.
Bila doa diberi hidayahnya.

Bukan hanya dikeji cerca.
Bukankah laki-laki itu pelindung wanita?

Semaikan kami dengan cinta,
cinta pada agama.
Tunjukkan kami ke jalannya,
bila kami tersesat dari lingkarannya.

Buat lelaki yang ingin mengerti,
kami wanita cuba pula difahami.

Biar sama-sama kita saling melengkapi.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved