>

Wednesday, October 16

Cinta Mi Segera 4



Satu-satu.
Antara kau dan aku. 
Kita punya satu rasa yang kita sama-sama tak tahu. 
Tapi kita punya ragu. Kita cuba untuk ambil tahu.

Jauh di sudut hati kita. Kita sama-sama memendam rasa. Perasaan yang kita masing-masing tidak mahu tawarkan pada dunia. Kerna kita dahulu pernah sama-sama terluka.

Terluka di usia remaja. Saat yang masih muda.
Saat kita tidak seharusnya bercinta.
Dan kita tertanya, bila pula masanya?

Kerna hati dan perasaan ini bukannya mampu dipaksa.
Lalu, akhirnya kita sekali lagi kecewa.

Hari ini mungkin harinya. Saat untuk aku memberitahu mengenai perihal hati dan perasaan aku kepadanya, Nur Dayana. Insan yang lama buat aku gila padanya.

Aku ingin memberikannya bunga. Buat hadiah kepadanya.
Aku pergi ke taman, terserlah satu bunga. Cantik mataku memandangnya.
Saat aku ingin memetiknya, panas mentari membuatkan aku terjaga.
Aku mulai sedar akan satu perkara.

Suatu masa, matahari pagi ini akan berhenti menyinari.
Sinaran bulan di malam hari tiada lagi.
Cinta kita pada seseorang juga akan pergi.
Perginya kita menghadap mati.

Lalu, aku bertanya pada diri.
Adakah ini cinta yang sebenar di dalam hati.
Atau bakal jadi mainan sendiri?

Lalu,
aku mengalah.
Aku harus mulakan dengan berubah.

Jika ada masa antara aku dan dia.
Maka kami akan bersama.
Kalau tiada, biarkan saja.
Aku pasrah dan sejujurnya akan aku terima.
Aku mulai redha.

Yang dikagumi, tak akan mengerti.
Yang dirindu, tak akan tahu.
Yang dicinta, tak mungkin bersama.







No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved