>

Saturday, October 19

Tribute to SMKBBU.


Kata orang tak kenal maka tak cinta. 
Masalah? Ianya ada di mana-mana. 
Tapi seberapa kuat kita untuk menanggungnya. Terokalah penawar dalam hati manusia. 
Ada yang ceria di wajahnya tapi duka di jiwa. 
Ada yang berlagak seperti biasa tetapi menanggung beban yang berat di dalam dada.

Syukur pada yang maha Kuasa. 
Kerana kasihnya menyatukan kita.
Kerana cintanya menyulam pertemuan kita.
Kerana sayangnya membentuk peribadi kita.
Kerana kebesarannya meneruskan perhubungan kita.

Terima kasih Johor Bahru atas kasih yang diberi.

Sesungguhnya,
aku juga rindu untuk bangun pagi di awal hari untuk sujud pada Ilahi,
aku juga rindu membawa diri untuk ke bilik mandi,
aku juga rindu bagi sama-sama gembira untuk menari,
paling penting aku juga rindu untuk kita sama menerima dan memberi.

Terima kasih atas segala layanan yang diberi.
Terima kasih atas peluang yang didakapi.
Terima kasih atas pembentukan yang dialami.

Sejujurnya,
aku sangat menikmati sepanjang terlibat dalam program " Perfect Person ".

Dengan adik-adik yang penuh semangat,
dengan adik-adik yang sentiasa kuat.

Aku belajar tentang sesuatu.
Bahawa ini adalah jalan yang perlu dituju.

Aku melihat dunia dari satu segi yang lain.

Bahawa kita sentiasa harus melakukan perubahan.
Bukan untuk mengejar kesempurnaan.
Tetapi sekurang-kurangnya menutup segala kekurangan.

Untuk berubah,
ada masa kita perlu dibantu.

Terima kasih sekali lagi SMKBBU.



Untuk kita sama-sama bercerita dan berjumpa,
itu terserah pada kuasa yang Maha Esa.








No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved