>

Wednesday, October 9

Tentang seorang wanita 2

aziyan:

sehampir-hampirnya.
Hati,tanam sedalam rasa, engkau bukan sendirikarena selalu ada DIA.
:’)

Bukankah mati itu manis,
bila Syurga destinasinya nanti.

Selesai solat Maghrib, aku seperti biasa menghabiskan masa di depan komputer. Lama dan asyik di Twitter, aku terdengar deringan telefon bimbitku. Aku menatap nombor di skrin. Tidak dikenali, getus hati kecilku. Aku menjawabnya. " Hello, siapa ni? ", balas diriku. " Awak, mungkin awak tak kenal saya. Mungkin juga awak hairan dari mana saya dapat contact awak. Cuma saya tertarik pada penulisan awak. Saya terubat dan saya ingin berubah ", balas dirinya. Aku menanyakan apa alasannya untuk dia menelefon diriku.

Sedu sekali. Dia menangis. Terkejut juga aku dibuatnya. Tiba-tiba dia bersuara, " awak, saya dah terlanjur dan kalau boleh saya ingin berubah. Mungkin awak hairan tapi saya tidak tahu mengapa pada awak saya luahkan " itu katanya. Jujur aku kata, saat itu aku benar-benar terkejut seketika. Aku tahu, aku bukan lagi ustaz yang mahir ilmu agama, bukan juga ahli Ulama, tapi aku sedar dia perlukan pedoman. Bukankah falsafah juga satu cara untuk khalifah berdakwah? Itu rajuk diriku.

Aku tahu. Ada masa kita tidak perlu membuka aib diri kita pada seseorang. Lagi-lagi aib itu mampu melunturkan kepercayaan. Tapi, aku yakin dia benar-benar terdesak dan memerlukan pertolongan.

" Awak, untuk berubah itu payah. Sebab ianya istiqamah. Ianya bukan hanya perasaan yang ingin berubah. Tapi diri perlu turut sama ingin untuk berubah. Paling penting untuk berubah. Cuba lakukan apa yang kita rasa payah. Kalau nak menutup aurat, cuba tutup sepenuhnya. Lihat berapa lama kita mampu bertahan. Diejek oleh kawan, mampukah kita melawan? Kalau nak solat, cuba solat dan sujud berkali-kali di sejadah. Banyakkan ibadah. Cuba tengok berapa lama kita bersabar atau hanya indah impian dari nyatanya khabar " jawab diriku.

Dia bertanya, " tapi kenapa perlu dahulukan yang susah? Bukankah agama itu mengajar kemudahan? "

Aku tahu, dia pasti hairan. Aku juga pernah begitu. " Awak, agama memang mengajar kita kemudahan. Sebab itu kita suka mengambil mudah. Lama-lama kita buat endah tak endah. Yang mudah kita buat menjadi payah. Buat diri merasa susah. Cuba kita bersusah dahulu, rasai peritnya yang payah. Tengok bila kita sudah lalui apa yang payah, adakah kita masih istiqamah untuk berubah. Atau hanya main-main untuk berubah. "

" Terima kasih atas nasihat awak ", itu katanya.

Aku menangis bila dia mengakhiri katanya. Sebelum aku dan dia mengakhiri perbualan.
Katanya, " tapi awak, saya terlanjur dengan guru agama saya. "

Aku mati seketika. Mata aku bagaikan luka.
Tapi, sayangnya jiwa aku lagi duka.

Perubahan memang memenatkan. Lagi menyusahkan bila tiadanya kesungguhan.
Namun, ianya jadi memeritkan.
Bila kepercayaan dibalas dengan mengambil kesempatan.
Dan kesempatan itu diambil atas kejahilan.

Buat manusia malas lakukan perubahan.
Terus lakukan kesalahan.

Seolah ia diterima Tuhan.

Malam itu,
aku menulis puisi buat seorang wanita.
Yang aku tidak tahu namanya.
Tiada tahu akan dirinya.
Bukan untuk meluahkan cinta.
Cuma untuk beritahu istimewanya dia.
Agar istiqamah mencari Kuasa.

Wanita,
kau bukan pemuas nafsu,
yang dicari bila mahu,
ditinggalkan bila tak lagi laku.
Biar tersipu malu,
dari menjaja maruah dirimu.

Wanita,
ada masa kau harus percaya,
dirimu juga sangat istimewa,
yang mampu memilih jejaka,
buat pembimbing menuju Syurga.

Biar mahal dirimu, lagi tinggi dari maharmu.
Biar manis pekertimu, lagi indah dari solekanmu.
Biar cantik akhlakmu, lagi menarik dari parasmu.

Wanita,
kau hiasan dunia,
yang membawa permata mengenal dunia,
menjadi peneman seorang hamba,
jangan siakan masa,
dengan buta pada cinta,
yang akhirnya buat kau terluka.

Bukankah kau tahu,
di Neraka ramainya kamu,
di Syurga tingginya darjatmu.

Mana satu pilihan kalbu?



Say, 

“O My servants who have believed, fear your Lord. 
For those who do good in this world is good, and the earth of Allah is spacious. 
Indeed, the patient will be given their reward without account.”

“Be, and it is.” — Qur’an 36:82


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved