>

Monday, October 14

Pengorbanan. ( 1434H)



Ini kisah Amin.
Dia punyai satu persoalan.
Dia memerlukan jawapan.

Ke sana ke mari,
maksud pengorbanan yang dicari.

Pengorbanan,
ianya bukan bila dimiliki tapi lepas tangan.

Penat mencari tapi tak dijaga rapi.
Biarkan ianya sendiri.
Mengharapkan simpati.

Tapi,
pengorbanan ianya datang dari hati.
Tanpa perlu dicari.
Ianya akan datang sendiri.
Dengan kuasa Ilahi.

Pengorbanan,
ianya terjadi,
bila kasihnya seorang abi,
tapi patuh pada perintah Ilahi.

Pengorbanan,
bila kasihnya seorang anak,
hingga tiada berjuang hak,
tidak juga ianya terdesak.

Pengorbanan,
bila setianya seorang kawan,
hingga tiada dia melawan.
Bila berkasih,
setianya tiada langsung sedih.
Bila sayang,
tiadanya rasa curang.
Bila memiliki,
bukannya mainkan hati.

Tapi,
hakikatnya pengorbanan sebenar payah dimiliki.
Bila langsung tidak dicari.

Banyak pengorbanan yang berlaku setiap hari.
Mungkin kita yang tak menyedari.

Pengorbanan,
bila kasihnya ibu,
didoakan anaknya walau jiwanya celaru.
Sayangnya ayah,
diberikan nafkah dan sedikit ilmu dakwah.
Cintanya guru,
walau tidak meminta dicurahkan ilmu.

Paling agung,
bila dibicarakan tentang Esanya Tuhan.
Pengorbanannya tiada tandingan.

Diturunkan al-Quran,
agar hambanya tiada sesat dengan pedoman.
Diberikan Rasulullah,
biar hambanya tidak terus dalam kejahilan.
Diteruskan umur yang panjang,
walau maksiat di lembah ranjang.
Masih memberikan ruang dan peluang.

Tapi,
hambanya juga masih tiada bersyukur.
Penuh bongkak dan takbur.

Akhirnya,
Amin akur.
Bukan dia mengalah dan tersungkur.

Cuma,
dia sedar satu perkara.
Tentang perihal manusia.

Bahawa,
berbaloikah satu pengorbanan.
Yang terus dicurah dan dikekalkan.

Bila hamba tiada lagi kenal akan nama-nama Tuhan.
Bila hamba tiada jua erti kesyukuran.

Dan,
di akhirnya,

ia minta untuk diberi sekali lagi peluang?

p/s:

Salam Aidil Adha.
Moga ibadah korban kita sejalan dengan jemaah haji di sana.



4 comments:

mujahidah maisarah said...

salam aidiladha

Anonymous said...

salam aidiladha buat amin :)

syakir salman abdul latif said...

Terima kasih atas ucapan. Salam Aidil Adha juga. :)

syakir salman abdul latif said...

Insyaallah. Moga Amin dan keluarga sihat walafiat. :p

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved