Dah namanya perempuan bukannya bidadari. Belum lagi bersuami. Benar, ada terdetik perasaan cinta di hati. Tapi, bukan semua lelaki senang dipercayai. Aku tak kuat untuk menangung duka dilukai. Aku lebih rela bersendiri. Dari terus dicurangi. Cuma, ada masa aku merasa sunyi. Ingin sekali merasa dimiliki, tapi bimbang sekali jika patah hati. Aku mungkin mampu menghadapi luka di hati, cuma aku takut timbulnya perasaan benci.
- Nur Dayana -

.................................................................................................................................................................................................
Malam ini aku seorang diri sekali lagi. Hanya gitar peneman diri. Cukup lagu ini aku simpan sendiri.
Malam ini aku seorang diri sekali lagi. Hanya gitar peneman diri. Cukup lagu ini aku simpan sendiri.
Aku kebosanan.
Aku keseorangan.
Pekikan gitar mula kedengaran.
" Bila bulan menghiasi malam,
bila mentari menyinari siang,
sayang apa guna hidup bermuram,
ku hadiahkan lagu buatmu riang. "
Bait lirik yang pertama. Aku cuba untuk meluahkan isi di dada.
Ternyata aku tidak berdaya.
Akhirnya aku mengalah dan berputus asa.
Aku hanya berserah pada yang Kuasa.
Biar aku nampak tidak berusaha.
Dulu, kerana cita aku korbankan cinta.
Kini, tiba masanya untuk melihatnya bahagia.
Kerana aku tahu,
dia yang muda.
Lebih layak untuknya.
- Izzul Irfan -
- Izzul Irfan -
No comments:
Post a Comment