>

Friday, September 27

Tentang seorang wanita.

monsterindisguises:

Dan yang petah itu tidak semestinya gagah.

Gemuruh mendengar guruh,
tapi hati kita tetap terus teguh.
Percaya pasti ada tempat untuk terus berlindung.

Terkadang, di dalam hati aku terdetik.
Tentang sebuah persoalan yang benar-benar buat aku tertarik.

Wanita, mereka istimewa.
Tentang bagaimana kuatnya mereka.
Tabahnya jiwa walau diri mengalirkan air mata.
Teguhnya setia menyimpan rahsia.
Tersisip keayuan dalam berbicara.
Hingga makin lama ianya buat aku merasa mereka makin menarik.
Dalam jiwa mereka yang lemah.
Mereka setia walau hatinya luka.
Mereka masih senyum walau berpaut duka.
Dengan peribadinya.
Dengan bicaranya.
Dengan lenggoknya.
Dengan lagaknya.
Ada saja yang ingin diluahkan.
Buat seseorang yang mereka puja.
Buat seseorang yang mereka suka.
Buat seseorang yang mereka selesa.
Buat seseorang yang mereka cinta.

Lalu,
aku terus tertanya,

mengapa mereka memilih untuk memendam luka,
tika mereka mampu meluahkannya?

Hingga aku merasa,
mungkin mereka tiada percaya pada mana-mana jejaka.

Tapi,
akhirnya aku sedar akan sesuatu perkara.

Mungkin,
bukan kerana tiada rasa percaya.

Cuma,
mereka lebih selesa menyembunyikannya.

Kerna,
tidak mahu terluka atas alasan yang sama.

Itu buat aku merasa mereka bertambah istimewa.

Bukan kerana mereka tidak percayakan sesiapa.
Tapi, kerna mereka percaya akan kekuatannya.

Walau dicipta daripada kudrat seorang jejaka.
Mereka tetap menerima seadanya.

Mereka bangkit buktikan mereka berdaya.
Hingga aku sedar tiada lelaki tanpa seorang wanita.

Buat aku yakin mereka makin istimewa.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved