>

Thursday, September 5

Cinta Mi Segera 2

aadambautistaa:

The Forever That Never Happened. 
I miss having conversation with you; those conversations that I could only have with you, filled with inside jokes that must now go unused or misunderstood by other ears. I miss going on those walks with you during the nights where the rest of the world was asleep and the stars and moon stayed up with us; those were the nights we felt free without wanting the day to come to an end. 
I miss being able to do nothing in someones company, yet it did not feel like we have wasted any time but rather the very opposite. These moments of nothingness are more memorable than the busy-filled days we had with others. I miss reminiscing about memories I had with you while making new memories in the process and planning on making more in the future. We promised that this would last forever, but unfortunately this was a promise that was broken by both us. 
I thought that we had more time that I took it all for granted. I thought we had forever so I didn’t say goodbye when I probably should have. This is the forever that never happened. 

Bagai gerimis yang memberitahu, tiada guna untuk terus menangis.
Sedangkan matahari sedang ketawa berdekeh-dekeh.

" Mmmm, aaahhh, sedapnya bau. Ni baru betul betul kaw. " Selepas menunggu beberapa ketika, aku mengangkat maggi yang baru dimasak untuk diletakkan di meja makan. Dah menjadi lumrah bagi seorang pelajar lebih-lebih lagi lelaki bujang seperti aku untuk makan mi segera. Mudah dan menjimatkan masa. Memang aku mementingkan sekali mengenai kesihatan. Tetapi di musim duit tengah kering macam ni maggi boleh dikatakan menjadi 'air tangan isteri' yang paling mudah untuk aku sediakan. " Jeff, jemputlah makan ", sapa aku kepada Jeff yang sedang leka menonton telemovie Warkah Laila di televisyen.

Sedang dia mencedok maggi masuk ke dalam mangkuk. Tiba-tiba dia bersuara, " kadang-kadang kenangan menjadi penghubung bagi kita untuk terus berhubung dengan mereka yang jauh secara lebih dekat. Tetapi, kenapa ada kenangan yang pahitnya sampai melekat-lekat hingga manisnya tidak langsung berani untuk datang melihat. " 'Sentap!', itulah yang mampu dihentak oleh hati aku. Bukannya apa, Jeff bukanlah seorang yang bersastera tetapi tiba-tiba kata-katanya yang meluncur laju itu mampu membuatkan aku tergamam. Lebih terliur untuk mendengarnya bercerita daripada menjamah maggi di depan mata, yang terhidang di atas meja.

Jeff, seorang duda. Berkahwin di usia yang remaja, diidamkan oleh segenap belia. Tapi, perkahwinan yang dibinanya tidaklah lama. Katanya, memang benar ramai yang ingin berkahwin muda. Ingin menikmati saat remaja bersama dengan yang tercinta. Melayari bahtera nikmatnya berumah tangga. Cuma, ada masa bila keputusan menghalalkan perhubungan yang dahulunya terlarang dibuat dalam keadaan membabi buta, ada kala ianya mampu meranapkan segalanya. Dia tidak menyalahkan sesiapa, dia tidak berani untuk menuding jarinya. Mungkin salahnya. Mungkin juga salah bekas isterinya. Mungkin juga salah kedua keluarganya. Mungkin juga salah keluarga bekas mertuanya. Hingga suatu ketika, dia tersedar daripada lamunan bahawa 'berhenti untuk terus mencari salah siapa kerana ada masa ianya tak akan membawa ke mana.'

Mungkin sudah menjadi lumrah apabila kita telah dimiliki. Tika itu banyak kali dugaan datang menguji. Cuba untuk merobek hati. Lalu, aku sedar dan akur pahit ini biarlah aku telan sendiri. Walau hanya dengan menyedari hakikat ini sudah cukup untuk membuatkan aku tidak putus-putus mengakui bahawa aku tidak mampu untuk terus bersendiri. Namun, aku juga yang memilih jalan ini. Bukan, ini keputusan yang telah dibuat oleh aku dan dia, ini keputusan telus kami.

Jeff tahu aku sukakan seseorang. Dia kata dia mampu melihat melalui gayaku, tingkah laku aku. Segan juga aku di saat itu. Lalu, tanpa segan silu dia terus memberikan aku nasihat. Katanya, 'bila hati seseorang sudah berjaya untuk aku miliki, jangan putus untuk terus mencintai. Biarkan cinta itu berputik lebih banyak pada setiap hari. Walaupun saat itu sudah sah menjadi suami isteri. Biarkan perasaan itu terus diselami tidak cukup dengan hanya memahami tanpa ada perasaan berputik di hati.'

Pandang dia dengan pernuh kesempurnaan walau dirinya penuh dengan kekurangan. Terima dia walau dengan segala kekurangan untuk terus mencipta pelbagai kenangan. Jika dia melakukan sesuatu perubahan jangan segan untuk terus menerimanya selagi ianya tidak bertentangan. Beri dia ruang dan isikan segala kekosongan. Mungkin itulah rahsia dalam terus kekal bagi sebuah perhubungan.

Sedang aku menjamu maggi dan mendengarnya bercerita.
Aku terus sedar buat seketika.

Tiada salah untuk kita meminta nasihat daripada seseorang yang gagal dalam perhubungan.
Mungkin dia juga punyai kekurangan dalam mengekalkan darjah kekeluargaan.
Tapi, bukankah kematangan dicipta daripada sebuah pengalaman?

Sebab, aku yakin dan percaya, kita tidak berhenti untuk terus merancang walau ianya tidak menjadi kenyataan.

Paling penting yang aku belajar adalah, kita sebagai manusia sememangnya mempunyai rasa kekurangan untuk terus disayangi dan memiliki. Kerna diri kita ingin rasa dilengkapi. Sehingga ada kala tindakan segera yang kita lakukan itu akhirnya hanya menjerat hati. Membuatkan kita terus patah hati. Tapi, malangnya bila kita terus untuk membenci. Membenci dengan tindakannya melukakan hati. Walaupun, kita tidak pernah cuba untuk melihat kembali mengenai diri sendiri.

Adakah saat dia menawarkan cinta kita juga menerima pakej sekiranya hati kita dilukai?

Jika sesebuah kesempurnaan dicari,
kita takkan pernah miliki.
Bukan hanya kerana kita tak punya kuasa,
kerna hakikatnya kita tetap seorang hamba.

Tetapi,
ironinya kita tetap cuba untuk berlagak kita berkuasa.

Dalam apa jua,
cinta, kuasa, harta,

seakan dunia kita yang punya.








No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved